Assalamualaikum and salam sejahtera,

Buat pengetahuan anda, sis tak ambil dah kos dip. teknologi makanan. Sekarang sis sudah masuk semester akhir untuk prog. Dip. Jurupulih perubatan pemulihan (anggota) atau nama lain dia Diploma Fisioterapi di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia, Sg. Buloh.

Ada yang tanya, kenapa berhenti ambil dip. Food Tech time sem 3?

Jawapan adalah, sis memang dah lama minat perubatan ni. Lagi-lagi fisioterapi . Apakah tugas mereka? Nanti sis cerita ya.

So, sebenarnya sis apply di laman web SPA selepas habis SPM. Mohon lah separa perubatan ini . Bila dipanggil temuduga, sis kena tunggu . Bila tunggu tu, sis dah nak masuk sem 3 Food Tech, barulah pihak BPL panggil masuk belajar untuk Kos Fisioterapi. Mencabar bhaiii.

Walaupun, hampir setahun pelajar di POLISAS, sis gagah kan diri juga pergi belajar kos fisioterapi. Sebab? sis memang minat.

Tu ja ceritanyaaa :D

No comments:

Post a Comment