Program Diploma Teknologi Makanan



Aku ambil kos ini dekat Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) di  Kuantan . Kalau korang nak tahu, kos ini hanya ditawarkan di polisas ... poli lain takdaa .

Bila dengar je Food Tech mesti ada yang ingat kena masak-masak lah macam kulinari itu . Sebenarnya bukan ya . Ianya tidak melibatkan kerjaya chef di dapur. Kami mengkaji tentang nutrisi dalam makanan, belajar cara memproses makanan, jenis penyakit dan mikroganisma dalam makanan dan lain-lain .

Bidang teknologi makanan ini cukup luas sama ada disektor kerajaan atau swasta.

Yang aku tahu, kerjaya sebagai ahli teknologi makanan ;

Pakar makanan - nutrisi atau diet
Kementerian kesihatan
Kementerian pertanian
Industri Asas Tani
Mardi
Jakim
Kilang Industri makanan - Nestle, AyamMas,
Airport
Eksekutif jualan

dan banyak lagi . Korang jangan fikir yang bidang ini kerja kat lab, kilang, makmal je . Lulusan ini boleh ke media cetak dan elektronik atau sebagai perunding yang membantu industri / syarikat melaksanakan ISO/ HALAL, HACCP DAN GMP


Kalau mengikut politeknik - subjek bagi kos dip teknologi makanan yg aku ambil semasa ;

Semester 1;
Inorganic and physical chemistry
Fundamentals of microbiology
Introduction of Science and Technology

Semester 2 ;
Organic chemistry
Food microbiology
Unit operation in food processing
Concept of Halal food


Belajar kos ini memang susah kalau korang bukan pelajar sains tulen. Tapi insyaAllah kalau usaha betul-2 korang boleh buat . Macam classmate aku . Tiap sem dia dekan walhal dia tu pelajar akaun sewaktu SPM dulu . Hahaha