B.A.P korean goup!



Hari itu, Yan ada dengar lah member Yan, Nyna namanya. Cerita pasal grup BAP. Yan pelik skit lah. BAP itu grup mana? tak pernah dengar pun. Bila search kat internet..Huh! ambik kau!..hehe comel2 rupanya dorg nih. Gaya nak ganas je. Haha. Bila baca tang umur tu, mak ait! muda2 hah member2 grup BAP.

Lagu2 grup nih yang agak popular lah dikatakan.. lagu Warrior. Search lah nanti kalau rajin ye..
okay, yang bawah ni profile member2 grup bap. Tengok je..hehe kalu berkenaan tu masuk lah meminag. Haha! justkidding ^_^

okay2 selamat membaca! :)







Bang (Bang Yong Guk)
Lead Rapper, Leader
March 31, 1990




Himchan (Kim Him Chan)
Sub-vocal
February 19, 1990




Zelo (Choi Jun Hong)
Rapper, Dance, Maknae
October 15, 1996





Young Jae (Yoo Young Jae)
Vocal
January 24, 1994





DaeHyun (Jeong DaeHyun)
Lead Vocal
June 28, 1993




Jong Up (Moon Jong Up)
Main Dancer
February 6, 1995


hoho..ske tak? hehe follow lah sye..Klau blum lagi! nak komen2?? boleh aje..memang dialu2kan ^_^

Warkah buat Hawa

Assalamualaikum

Hawa,

Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapamu, andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau masih ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan ad-din Allah.

Hawa,
Andai engkau belum berkahwin jangan kau risau jodohmu , ingatlah hawa janji Tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati, maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam dan sekaligus disususli dengan pertemuan takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.


Hawa…
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannnya, lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya, kemanjaannya, serta kemampuannya mengoncang iman lelaki. Tetapi lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan yang penting pegangan agamanya. Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita yakni sebuah perkahwinan.


Oleh itu hawa,
Jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai ditakdirkan tiada cinta daripada adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu, biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik- beradik serta keluarga yang membahagiakan dirimu.


Hawa…..
Cintailah Allah di kala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai Allah. Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah.Cintailah keluargamu kerana kau tak akan jumpa cinta yang bahagia selain dari cinta keluarga. Janganlah sesekali tangan yang mengoncang dunia juga yang mengoncang iman lelaki.


dan Hawa itu dicipta daripada tulung rusuk kiri Adam
bukan di atas kepala untuk dijunjungi, bukan di bawah kaki untuk dialasi tetapi dekat dengan hati untuk disayangi dan di bawah lengan untuk dilindungi...

The Day We at MSU

Orait...nie cite da lme..tpi bru update because I'm very busy to have a test.

Pada 11 Feb 2012, kelab bimbingan dan kaunseling di sekolah saya telah terlibat dalam kursus kepimpinan di Management Science University, Shah Alam. Ok, Yan merupakan setiausaha bagi kelab bimbingan kaunseling dan beberapa rakan juga hadir bersama. Kami bekerjasama dengan kelab bimbingan dan kauseling dari SMK Cochrane bagi memeriahkan lagi kursus yang diadakan.

Nak tahu apa yg jadi? Pada masa yang sama, sekolah Yan mengadakan Hari Maulidur Rasul! Atoyaiiii!! Mula-mula Yan tak kisah lah tak dapat gi program tersebut asalkan dapat pergi kursus di MSU, tapi bila kawan-kawan kata pihak sekolah benarkan pelajar pakai baju kurung/melayu waktu program diadakan! Rasa macam nak tarik balik je kata-kata Yan tadi.

Namun, dalam hidup ini kita kenalah buat keputusan dengan betul. Akhirnya dengan kata putus, Yan lebih memilih untuk pergi ke kursus di MSU. SEBAB APA?

1. tempatnya, MSU kot!! U baru tu
2. mungkin nanti tak de peluang untuk ke MSU lagi ke?
3. insya-allah, mana lah tahu nanti pihak sekolah akan mengadakan program Hari
Maulidur Rasul pada tahun berikut seperti demikian.
4. hanya Tuhan saje yang tahu, sebab no.4 Yan. hehe :)

Bawah ini adalah gambar-gambar kami sewaktu di MSU. Sorry, just 3 gambar je yang masuk sebab kawan Yan, Alisa upload tak banyak gambar pun. Apa-apa pun thanks Lisa





Sewaktu Bergambar di Kafeteria.



Yan, Alisa and Afiqa ^_^




Gambar terakhir kami di MSU sebelum menaiki bas.


Kursus habis dalam jam 12.30 dan tiba di sekolah jam 2.00 ptg.
Sepanjang perjalanan kami ke sekolah,Yan dengan kawan-kawan lain memang gemar sangat menyanyi, menari, gelak2 dalam bas. Mentang-mentang duduk kat belakang sekali, boleh buat bising plak. hehehe :P, but that moment memang Yan tak leh lupakan.

Luv it babe <3

p/s dah lama kita tak ber-entry ye..hoho