Meet Them!

29.12.2011 ada orientasi form 1....yan dengan budak-budak pengawas lain terlibat dalam program ni...huhuhu meet them make me feel awesome!..hohoho miss..miss..miss

jmpe je kawan-kawan perempuan yan..peluk sme2 smpai nak lemas...hahaha best frenz!!bila dengan dorang..mula la perangai giler-giler yan..bertepuk tampatr la...smpai sepak trajang pun ada bila dengan dorang..ahaks!..

lagi2 dorang nie 'sekepala' dengan yan..but, bila bukak je cite pasal PMR tahun depan...semua buat muka cuak! Haishh..takut sehh....huhuhu
apa-apa pun yang penting usaha tu ada..berdoa byk2 dan yang lain bertawakal je kpda Allah..

Kemas dewan ramai-ramai memang memenatkan but bila jadi macam "wonderpets"...apa yang penting kerjasama...kerja pun boleh sempurna..btul tak? kikikiki...smbil tu bole gelak2..hehehe




p/s yan tak de cite nak kongsi sbnarnya...ala ala kadar je..hehe..PEACE! ^_^

Kenapa mesti nak marah?


Marah..marah..marah! Tu jelah keje. Sifat pemarah sebenarnya berasal daripada sifat sombong (ego). Lagi besar ego dia, lagi besar pemarah orangnya. Kadang-kadang orang ego ini susah nak tengok orang lain pandai dari dia, hebat dari dia, senang dari dia dan bermacam2 lagi lah dia-nya. Biasalah manusia. Yan pun sama gak! Marah tak tentu pasal. Hehehe.





Tapi kawan, marah tu biarlah bertempat ye. Dan minta lah dijauhkan sebab sifat pemarah golongan syaitan. Korang nak jadi ke adik-beradik syaitan? Tak nak kan. Hehe..Istighfarlah berbanyak-banyak.

"(Termasuk kalangan orang yang bertaqwa ialah ) orang yang menafkahkan harta mereka semasa senang
dan susah, orang yang sabar menahan marah dan orang yang memaafkan kesalahan manusia. Dan Allah
menyukai orang yang berbuat baik. [ Ali Imran : 134 ]"


Jadi, hilangkanlah marah itu wahai sahabatku! ^_^ Antara caranya yang perlu kita hadapi:-


a) Mula-mula kita perlu malu dengan Allah s.w.t akan segala tindak-tanduk
kita. Allah memerhatikan segala perlakuan dan sikap biadab kita.

b) Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanyalah manusia yang
hina.

c) Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan
kita daripada sifat marah.

d) Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu mungkin akan membawa
kepada permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang anda marahi.

e) Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika kita sedang marah.
Ianya lebih buruk daripada perlakuan seekor binatang jikalau anda di dalam
keadaan yang marah.

f) Apabila datang marah, banyakkan baca Ta'awwuz ( A'uzubillahi minas
Syaitanirrajim ) kerana marah itu datangnya daripada syaitan.

g) Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhu kerana wudhu dapat
menenangkan api kemarahan yang sedang membara.

h) Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas, hendaklah
tidur. Kerana ianya akan meredakan perasaan marah apabila bangkit
daripada tidur

i) Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datangnya dari Allah dan
akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah


Orang yang marah2 kita ini sebenarnya nak membetulkan salah kita. Yelah, marah itu tandanya sayang. Tapi jangan nak memaki hamun, kesian orang yang kena marah itu. Kalau kita bersalah dalam satu hal, hendaklah kita membetulkan orang yang sedang marah itu agar dia menjauhkan sifat TERLALU marah itu sampai hantu pun takut nak dekat.


P/S Tegur dan bukannya marah. Tegurlah dengan lemah lembut dan kasih sayang.

Bolehkah Lelaki dan Perempuan bersahabat?

Islam tidak menyekat manusia untuk maju. Bermakna, islam juga tidak menyekat manusia bertindak atau melakukan perkara-perkara yang boleh menjadikan mereka maju. Antara cara manusia maju adalah dengan bekerja, terlibat dengan bisnes, mendekati masyarakat dan sebagainya.

Secara dasarnya, kedua-duanya lelaki dan wanita tidak disekat untuk memajukan diri mereka dalam apa-apa sahaja aspek yang mereka ceburi. Apabila manusia bergerak untuk maju, mereka akan bertemu di lapangan-lapangan tertentu. Seumpama di sekolah, kampus, kerja di pejabat mahupun turun memberi sumbangan kepada masyarakat.

Manusia yang bertemu ini, bukan hanya sesama jantina sebaliknya lelaki pasti akan bertemu wanita dan wanita pasti akan bertemu lelaki. Islam tidak menghalang perkara tersebut. Cuma, Islam menyalurkan manusia dengan etika yang betul.

Etika inilah yang akan menjadikan pergaulan serta perhubungan tadi selamat, bukan hanya di dunia bahkan hingga ke akhirat. Antara etika yang Islam tetapkan ialah menjaga pandangan. Apa yang penting, tersirat satu hikmah besar disebalik perintah Allah supaya lelaki jangan pandang wanita dan wanita jangan pandang lelaki.

Habis tu, lelaki kena jalan pandang bawah sajakah? Bukan. Menundukkan pandangan maksudnya jangan pandang tanpa ada keperluan untuk pandang. Jangan pandang dengan nafsu. Jangan pandang dengan keinginan tertentu. Jangan pandang tempat-tempat tertentu.

Apabila suka pandang, dari mata jatuhlah ke HATI. Salah. Dari mata jatuhlah ke NAFSU. Timbullah keinginan-keinginan tertentu. Akhirnya zina lah jawapannya. JANGAN!




Itu baru satu etika. Banyak lagi etika lain yang Islam wajibkan untuk dipatuhkan dalam pergaulan lelaki dan perempuan. Antaranya
  • Jangan berdua-duaan
  • Jangan bermain soal hati
  • Jangan letakkan diri dalam keadaan yang mengundang fitnah
  • Jangan terlalu rapat sehingga semua benda boleh open
  • Jangan bersubahat dalam perkara maksiat
  • Jangan bertepuk tampar, bersentuh-sentuhan, berpegangan tangan
  • Jangan bergaul dengan lain jantina, seperti bergaul sesama jantina
  • Dan banyak lagi 'jangan' yang lain


FAHAMI ISTILAH & BATAS
Fahamilah maksud 'kawan baik' dan 'kawan rapat'. Kawan baik sifatnya tidak terlalu rapat, hanya baik antara satu sama lain atau biasa saja. Namun, kawan rapat menampakkan keakraban dan mungkin juga kemesraan. Bak kata orang tua-tua, yang perempuan dengan lelaki susah untuk menjadi kawan rapat kerana pasti akan timbulnya sesuatu perasaan sama ada di sebelah pihak lelaki atau pihak perempuan.

Bersahabat mesti ada tujuan. Dan tujuan yang dibenarkan dalam Islam bukannya 'pasang niat lain'. Sebagaimana firman Allah : "Dan hendaklah kamu sekalian bertolong-tolong dalam perkara kebaikan dan ketakwaan, dan janganlah kamu sekalian bertolong-tolongan dalam perkara maksiat dan permusuhan." Atas nama sekalipun, jika bukan mahram, maka hukumnya tetap haram jika batasan pergaulan dilanggar. Justeru, selagi batas perhubungan sesama bukan mahram tidak dilanggar, maka persahabatan itu tidak salah.




p/s jdi, jgalah adab-adab pergaulan antara lelaki dan perempuan jangan sampai timbul pula perasaan lain.

Berbelah-bahagi~

Perasaan berbelah bahagi mula muncul dalam hatiku!
tahu tak perasaan berbelah bahagi macam mane? Perasaan yang tidak sepatut ada dalam diri kita. Kita tak mampu memilih yang mana terbaik dalam hidup kita. Jika kita memilih kedua-duanya maknanya tamak lah tu! Orang tamak selalu rugi. Tapi bila bab nak memilih tu yang susah.

Yang di sana menunggu kasih berbalas, yang di sini bertatah dihati. Hidup ini kena adil tapi nak adil macam mana tu. Perasaan kesian dan bersalah itu sentiasa wujud dalam diriku. Kenapa?

Bak kata orang, belajar dulu, biar capai kejayaan dalam hidup lepas itu nak wat apa suka hatilah.
Hati suruh menurut tapi jiwa ini suruh menunggu. Yang itu payah buat aku. Tak boleh juga nak ikut kata orang lain, kalau diri ini sahaja yang mampu ikut tapi hati kata lain. Tak guna juga!

haiii...kita sebagai manusia yang mampu bertawakal saja, berserah lah kepada Allah.
Semoga segala urusan kita dipermudahkan Tuhan yang esa.


~Amin~


p/s agak2 korang ada tak perasaan berbelah bahagi macam Yan ni.

Alangkah Indahnya Cintaku, Persahabatanku, Kehidupanku seperti Cerita-cerita Dalam Novel

Sapa ske bce novel?...hehehe...try la bce..membaca itu amalan yang mulia...huhu
Best kan klu kte punyer life mcm dlm crite2 novel tu..bahagia je wlaupun ada konflik hidup. Biasalah itu lumrah hidup manusia. Anyway Yan nak crite psl post ni!


CINTA???
Mcm dalam crite novel Adam & Hawa...huhu berpisah kerana tidak sehaluan, membawa diri sejauh yang mungkin namun hati suruh tunggu, jiwa pula meraung derita. Takdir mereka berdua, berjumpa di tanah suci Allah. Kerana egonya seorang wanita, kerana sabarnya seorang lelaki. Maka serasi lah tu 'air dgn api'..hahaha

so lovely tau crite nih..better korang bce sndri bru dpt feel..hehe


PERSAHATAN???
Bini aku tomboy ke? hmm..klu korg ada bce novel nih msti rse 'touching' skit time part kawan Zack (heroin dlm watk cite novel) buat pengakuan cinta kat Zack. Tu lah, perwatakan mcm lelaki smpai member baik pun boleh tergugat ah iman dia tu. Si Zack pun kta...lbih kurg la.." Weh, klu Aku ni lelaki, aku takkan teragk2 nak pilih kau sbgai teman hdup aku. Tapi aku hrap kau fhm aku ni apa."

Slepas itu, member dia entah mnghilg kemana, nak kata kecewa pun tak psti..klu nak dikatakn malu dgn tindakn sndri pun..tak tahu lah kan...Tpi klu bce crite ni dri awl, prsahatn dia dgn Zack mmg rpt sgt bgai air dicncg takkan putus...hmm~


KEHIDUPAN???
Psl life kte lak!....mcm dlm novel 'KERANA TERPAKSA'...huhu kaya mcm Tengku dan pandai mcm Suria. Hoho...tpi tang konflik tu tak mau lah..hehhe bole lak mcm tu...huhu


Tapi apa-apa pun, hendaklah kte brsyukur apa yg kte ada sekarang kerana itulah anugerah dari Allah..^_^
dripada tak de!..huhu

Allah yang tentukan dan kita sebagai makhluk ciptaanNya hanya mampu merancang.
Katakanlah Insya-allah kerana sesuatu janji
Katakanlah Subhanallah atas ciptaanNya
Astagfirullahalazim meminta ampunNya
dan Katakanlah Alhamdulillah kerana nikmat kesyukuranNya





p/s tak nak kta papew lah..hehe+

KEMENANGAN HARIMAU MUDA!

Pada 21.11.2011, MALAYSIA LWN INDONESIA dlm sea games, Indonesia.....
Mulanya, kedua-dua pasukan seri mata dengan 1-1.....kemudian sepakan penalti menjadi buruan antara HARIMAU VS GARUDA....







akhirnnya kemenangan berpihak kepada kami...saya bangga jadi anak Malaysia!
GARUDA tewas dibaham HARIMAU...






huhu...penalti kte meng beb!!!...yg last kli si badrol wat suspen lak....last2 msuk!...respect lu!!..huhu....sme gak dgn khairul fahmi..yg cekp!..dn yg len2 macam
muslim, hehe hencem lah awk....
fakri, yg nak wat gol byk kli tpi trsasar....
dan jurulatih kte, Ong yg memg mengmbil berat pasal pemain kita, sehingga sanggup masuk ke padang ketika perlawanan sedang berlangsung bagi mempertahankan pemain harimau muda!





Tuhan itu maha adil...




OuR MemOry in FoRm TwO, 2011


(19.11.2011) is last day school in 2011....Tahun depan ada exam PMR..Yan harap result PMR
yang bagus...huhu

Pastu kelas Yan, 6 org naik dri kelas B dan 2 org turun dri kelas yan, A....so sad, bile trpisah dgn member sndri yg dianggp family..walaupun hnya pindah kelas....
Ramai yang wat status kat fesbuk psl sedih2 nie....mne tak nyer...mmber yg rapat giler dpt blajar kat kelas lain...pastu ramai lak yg pindah...ish3...-_-

Hah! lupa lak nak tunjuk kat korg..gmbr yan dgn member kels sme dgn ckgu sn kte, Puan Izura time jamuan akhir kelas..huhu









#Actually Yan tak de mse nak tulis post pnjg2 lebar..sebab busy la beb!....huhu

SeLaMaT HaRi RaYa EiDuL AdHa

Selamat hari raya haji ye..kepada semua umat islam. Semoga di hari yang mulia ini dapatlah kita sambut dengan keredhaanNya. Bila mendengar takbir bergema, terdetik di hati "Ya Allah, sesunguhnya indahnya ayat-ayatMu sehingga luluh hatiku. Maka berikanlah kami hari yang mulia sepanjang perjalanan hidup kami". ^_^



"Apabila tibanya eiduladha, ramai tertanya-tanya apa yang patut dikorbankan? Sesungguhnya tidak cukup sekadar binatang ternakan, kita patut korbankan apa yang kita sayang untuk Islam"
-Hassan al-Banna-







Selamat hari aidil adha!


P/S Yan tak raya haji kat KL kli nie..hehe..tpi kat Penang sbab teman kakak yg belajar di sini (tak dpt cuti la tu, kakak oi)...hehe

MajLis MaLam GraDuaSi SMKYL 2011

Pada malam 21 Oktober 2011 bersamaan hari jumaat. SMKYL telah mengadakan Majlis Malam Graduasi Tingkatan 5 2011 kali ke-3. Majlis diadakan di Restoran Cerana dan bermula pada pukul 8 malam.


gambar ini diambil sebelum tiba di restoran tetapi dekat stesyen minyak. Yan dengan kawan abg yan, Udin! Dia memendekkan ketinggiannya sebab ape! sebab Yan kan tak tinggi..ceh3



Yan dengan 'budak pelakon' ini jadi hos pada malam itu.



Yang ini pelajar dari kelas 5 akaun. Bergambar dulu la ye!


Bacaan doa oleh Muhd Aizat


Ucapan wakil graduasi SMKYL, Norfarahanis bekas K.P



Ucapan Pn.Hjh Salmah




Penyampaian sijil kini bermula

Graduan-graduan telah pun berbaris bagi menerima sijil sebentar lagi


Salah seorang pelajar lelaki menerima sijil daripada Pn. Hjh Salmah


Salah seorang pelajar perempuan SMKYL menerima sijil


Lepas acara memberi sijil kepada graduan-graduan SMKYL, kita berehat la dulu menikmati hidangan yang telah tersedia.



Persembahan telah tersedia bagi menghiburkan lagi pada majlis malam graduasi semasa kami sedang menjamu selera


Pelajar-pelajar terhibur dengan persembahan yang terdiri daripada 2 orang wanita yang bersuara lunak dan seorang lelaki yang pandai bermain keyboard



Makan jangan tak makan!



Sambil makan boleh bergambar dulu?....hehe


Kemudian, majlis diteruskan dengan acara penyampaian hadiah kepada pelajar yang bertuah seperti abg shahril kita ini. Yang memenangi katagori pakaian paling 'hensem'.



Akak Nik Amiera pula memenangi katagori pakaian paling tercantik pada malam itu. Bak kata Naim 'warna baju yang sangat kontra ye'..hehe






Selepas itu, cabutan bertuah diadakan. Untunglah ramai betul yang dapat hadiah malam itu. hehehe....majlis berakhir pada pukul 11.30 mlm. Sampai rumah dalam pukul 12 tgh mlm. Memang penat giler! Tetapi majlis malam itu memang seronok sangat lagi-lagi waktu persembahan akak-akak cantik itu.

Siap nyanyi lagu goyang Inul!..hehe...gelek sakan


P/S sori lambat update blog kali ini. Sebab sebelum ini blog tgh renovate..hihihi and btw tq to abg nabil, abg naqiu, abg fom 4 : syakir, syam and syarul b'coz this photo was taken by yours. Sorry klu tak de permission for take this photo to my blog. Maaf ye....hehehe



Nangislah Sepuasnya

Assalamualaikum,
dan salam satu blogger

Kehidupan kita sentiasa diberi ujian oleh Allah untuk menguji keimanan hamba-hambaNya dari pelbagai cara seperti percintaan mahupun persahabatan dan sebagainya yang kita tidak nampak. Semuanya pasti ditemani dengan air mata sama ada di dalam hati, di raut wajah malah diperbuatan kita. Hanya Tuhan yang tahu betapa sedih dan gembiranya kita yang dimana manusia hanya mampu mengungkap sahaja.

Apa yang Yan cuba sampaikan ini memang datangnya dari hati seorang kaum hawa. Kaum hawa yang perlu disayangi, yang perlu dilindungi, perlu dibimbingi dan bukan untuk disakiti, dilukai dan dihancuri. Tapi topik Yan pilih ialah tentang 'Persahabatan'.

Sahabat 'menangis' susah nak cari tapi sahabat 'suka-suka' memang senang nak cari. Itulah kata-kata yang dipetik dalam cerita 'Hantu Bonceng' dan diubah sedikit. Macam mana post ini boleh muncul 'like this'. Sebenarnya ada kes:-

Yan sebenarnya kecil hati lah dengan kawan-kawan Yan. Tahu lah semua yang mereka lakukan hanya gurauan semata-mata. Tapi kaum hawa ini jenis yang hatinya sensitif mudah terasa. Kecewa yang amat! Kawan yang sememang kita menganggap seperti keluarga sendiri! Ya Allah, hati ini begitu sakit bila mengenang kisah lama sehingga sekarang tentang mereka.

Orang yang kita percayai mengaibkan kita dengan senda guraunya. Melukai hati kita dengan kata-kata tajam mereka. Yan mula-mula tak berapa kisahlah tetapi sehingga teman rapat yang sememangnya penyabar dan manja-manja menangis kerana sikap-sikap mereka.

Perlukah Yan berdiam diri?

Oleh sebab nak jaga perasaan masing-masing dan tak mahu kes remeh-temeh macam ini diperbesarkan Yan hanya berdiam diri diiringi dengan senyuman. Namun, "kalau senyum belum tentu gembira tetapi kalau gembira pasti akan tersenyum" itulah kata-kata yang pernah disampaikan oleh seorang DJ radio.

Yan memang sedih sangat tapi kenapa kesedihan ini hanya terbuku dihati? Terlalu pendam sangat perasaan boleh jadi macam ini ke? Sehingga susah untuk menitiskan setitik air mata?

Ada seorang kaum adam ini, dia berkata kepada Yan supaya menangislah sepuas-puasnya agar diri sentiasa OK dan bersabarlah. Kaum Adam tersebut memberi sepotong ayat kepada Yan:-

Diriwayatkan daripada Kaab bin Iyadh r.a katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:
"Sesungguhnya setiap umat itu ada ujiannya dan ujian umatku adalah harta kekayaan. " (Hadis riwayat Imam Tirmizi).
- Ya Allah ujian Mu aku terima kerna ini peluang aku mendekatiMU YaAllah....
tabahkan hati hambamu dengan ujian mu berlindung hambamu dari segala musibah...amin...
amalkan lepas solat.

Pendapatnya disokong oleh seorang hamba Allah ini. Hamba Allah itu memulakan bicaranya dengan "menangislah sepuas hati. Its gonna be ok soon. Trust me. Ada kelebihan untuk menangis ini daripada tidak pernah menangis".

Bila imbas kembali kata-kata mereka, sesungguhnya gugurlah air mataku hingga ke pipi. Ya Allah Tuhanku, kerana inikah engkau mencipta air mata? Supaya kami menangisi saat kami berduka dan bergembira kerana Engkau, Ya Allah. Agar kami memilih jalan yang benar dan bersyukur dengan nikmatMu?

Nangislah sahabatku. Menangislah sepuas-puasnya. Jikalau engkau rasa tidak lega dihati. Kerana setiap tangisan yang engkau limpahkan pasti akan melegakan hatimu buat sementara.

Sesunguhnya kita sepatutnya bersyukur dengan apa yang kita ada. Anggap lah yang berlaku sekarang ini hanya permainan duniawi ini. Jangan sesekali mengungkit kisah lama kerana akan meracun hati. Fikirlah secara positif dan bukannya negatif.




P/S Sye syg kwn sye!


MinGgu ExAm!!!!

Assalamualaikum,
and salam 1 blogger

skrang nie...minggu final exam....huhuhu...kne study nih..tpi boleh lak relax main fesbuk..twitter....friendster dan lain2...mama dan papa mula mrh la...ble tgk anak dia tak study dn goyg kaki depn TV...hehehe...sje mrehatkan bdn yg penat..huhu
lps tu papa wat 'meeting' dgn abg, adik dn yan....kteorg wat kontrak tak leh main fesbuk, game dn bnde2 yg tak faedah dlm minggu exam nih...."klu tgk tv...ikut ske korg la...sbab takkan nak sorok tv tu dri korg...nnti org lain tak leh tgk"....

tpi budak yg brnama AFRINA IZYAN ni..degil orgnyer!!!!.....ble papa tak de kat umh..mle lah komputer jdi milik dia....bermaharajalela nmpk!!..huhu...mama yg ade kat umh punyer marah la dgn yan...hehe...tpi ingt yan tak on9 slalu tau!!!...hihihi...keje umh yan sntiasa wat...walaumcm mne sekali pun...mne tak nyer...kakak2 smua nyer pegi bljr..keje...yan jelah kat umh ni yg boleh tolg mama...hehehe

tpi...ari nie papa gi keje mcm biasa...yan ape lgi gne kan komputer sbaik mungkin la kan..hihihi...siap wat post nie skali......

however...member2ku...I'm still study tau....not study hard..but study smart!!....otak kte smua pun kne berehat gak.....relax skali skala..tpi jgn smpai mta korg rhat lak....tu mmg nak mmbuta je keje..tgh hari2 mcm nih...hehehe....tolg la mak2 korg kat umh tu...jge adk2 ke..tolg mask ke...kms rumh ke...sbab jasa dorg yg ade pda kte mmg sukr untuk kte mmbls nyer.....sbaiknya anak2 yg soleh sntiasa mndoakan ibu bapanya...sperti mereka yg berbuat demikian kpda kte..cme kte je tak tahu....huhu


P/S doa2 kan yan brjaya tau dlm final exam nie.....sbab yan nak kekal dlm kels depn...huhuhu...klu diizinkan Allah

LuNcH TogeThEr!

26/9/2011____yan dgn budk2 kelas yan with kwn2 rpt yg lain...gi lunch kat PIZZA HUT!....wah!...hubungan kteorg nih lbih kpda family!!....untung la..hihhihihihi....msing2 support antara stu sme lain for mkn in this restaurant..hahaha.....mmg best bro!...hehe







gmbr agk gegar skit..tpi tak pe..yg pnting reaksi
muka tu yg pnting..hahaha




time suap-menyuap ni yg sweet....kte kan kwn!....ape slhnyer share mknan..hehehe...sronok! takkan yan lupa saat yg sronok nih!



P/S...actually, ade gmbar lgi..cume tak upload lgi..insya-allah klu ada mse yan upload kan..hihihi...klu tak de..tak de la...hehe






















10 kEk Yg mEnaRik

Ari ni yan nak share kat korg 10 gambar kek yg menarik...bgi yan kek-kek ni mmg menarik dan unik..tpi korg..tak tahu la plak..hehehe...enjoy tgk jgn smpai terliur sudh..hihihi




























skali pndg nmpak mcm brg biase...tpi klu pndang byk kli bru nampak keknyer..hehehe..klu korg ade lgi gambar-gambar kek yg menrik..kongsi la crite dgn yan ok!!..please comment or leave your footprints at my shoutmix...thankz!!

LAMAN WEB MALAYSIA DI’HACK’

Godam Indon

Dalam minggu nie seluruh warga cyber telah dikejutkan oleh kehadiran sekumpulan hackers dari pelbagai pelusuk indonesia yang telah melancarkan gerakan “Ganyang Malaysia” , sama seperti gerakan “Ganyang Malaysia ” yang dipelopori oleh Presiden Sukarno semasa konfrantasi diantara Malaysia dan Indonesia di dalam usaha Presiden Sukarno hendak menubuhkan Indonesia Raya.

Isu Gerakan Ganyang Malaysia ini muncul kembali kerana tidak puas hati dengan tindakan kerajaan Malaysia mengenai isu PATI(Pendatang Asing Tanpa Izin) dan mengenai Pulau Ambalat , dimana kerajaan Malaysia telah memberi konsensi mencari gali minyak di Pulau Ambalat kepada syarikat Shell. Indonesia membantah tindakan Malaysia kerana Indonesia mendakwa Kepulauan Ambalat milik Indonesia. Media Massa Indonesia yang memainkan sentimen Gerakan Ganyang Malaysia sehingga mengundang sekumpulan ‘ hackers’ untuk melancarkan Gerakan Ganyang Malaysia nie menerusi cyber.

Gerakan mendeface web-web kerajaan , universiti dan web perseorangan begitu teliti dan msg yang di tulis di muka hadapan adalah beitu jelek.Gerakan ini begitu terancang dan dianngotai oleh pelbagai group hacker di Indonesia seperti group Medan Hacker yang mempunyai channel IRC di server Dalnet. Kumpulan ini telah banyak mendeface web-web Malaysia..lebih kurang 22 web telah kena deface seperti yang disenaraikan di bawah.

1. Universiti Sains Malaysia (2x)
2. Malaysian Communications and Multimedia Commission
3. Suhakam
4. Ministry of Energy, Water and Communications
5. Jabatan Kerja Raya (2x)
6. Royal Malaysian Customs
7. KLpages.com (by Telekom Malaysia)
8. mobile2u.com.my
9. Sultan of Perak
10. Perak Museum
11. XPTranslation’s BBS (A Malaysian translation company)
12. Jabatan Perkhidmatan Penerangan Malaysia, Perak
13. Perak Veterinary Department
14. Multimedia University
15. National Productivity Council
16. United Nations Development Programmes in Malaysia
17. Malaysian Amateur Radio Emergency Services Society
18. Islamic Information & Services Foundation (IIS) (Same vulnerability as my old guestbook)..
19. Japan Club KL forum
20. Terra-Lingua(Austrian site but filled with hate-Malaysia text, supposedly for the Ambalat case.)
21. TourMalaysia Travel Agency
22. Era Edar Marketing Sdn Bhd (Google cache of the hacked page)

Persoalannya dimana Hackers Malaysia yang lain, dimana sebelum ini sungguh aktif mendeface web-web di Malaysia. Mujur la ada seelintir Hackers di Malaysia telah melancarkan kembali serangan kepada web-web di Indonesia..Dan pagi ini saya telah mendapat msg daripada kawan saya dan memberitahu list terbaru yang web-web Indonesia yang telah di deface oleh Symphoenix.ClanZ. Terima Kasih kerana telah menyahut seruan “Gerakan Godam Indonesia “. Di bawah nie list web-web indonesia yang telah digodam oleh Symphoenix.ClanZ

http://webserver.sby.rad.net.id/

http://www.surya.co.id/

http://www.indoturtle.web.id/

http://www.cta.co.id/

http://dev.surya.co.id/

http://www.gafeksi.or.id/

http://www.surabaya-noor.com/

http://www.sby.rad.net.id/

http://www.bumipalapa.co.id/

http://www.apbmi-sby.or.id/

http://www.dinamikacargo.co.id/

http://www.contiforma.co.id/

http://www.fourthr.co.id/

http://www.gapeknasjatim.or.id/

http://www.gigafm.co.id/

http://www.ginsi-jatim.or.id/

http://www.ibmt.ac.id/

http://www.iglas.co.id/

http://www.imcsby.or.id/

http://www.itps-sby.ac.id/

http://www.laban-raya.co.id/

http://www.mesran.co.id/

http://www.metrofm.co.id/

http://www.wijayafm.co.id/

http://www.ptbbi.co.id/

http://www.stieprimavisi.ac.id/

http://www.pt-gcs.co.id/

http://www.stiep.ac.id/

http://www.tulungagung.go.id/

http://www.ometracoaryasamanta.co.id/

http://www.st-louis1-sby.sch.id/

http://kpu.surabaya.go.id/

HIDUP MALAYSIA!

Nota: Artikel berikut diperolehi daripada laman KedahOnlineDOTnet oleh saudara buttet.

5 UngKapaN yG meNaRik


1)
Aku mungkin bukan teman yang 'sempurna' yang kau cari . .

Bukan juga yang 'terbaik' diantara semuanya . . Tapi yang pasti Aku adalah

teman yang selalu

menyayangi , merindui dan mencintai dirimu sepenuh jiwaku . .






2)
bila seseorang insan tu dah dapat teman yang baharu !

memang senang dia lupa lupa teman lama nya





3)

Air mata kerana sahabat 1 pengorbanan

Air mata kerana ibu bapa 1 penghormatan

Air mata kerana kekasih 1 penyesalan

Air mata kerana Allah 1 keberkatan





4)
•♥• ALLAH •♥•

♥ Tempat bertahan ketika kita hendak menyerah

♥ Tempat berdoa ketika hilang tempat mengadu & ketika semua orang menjauh

♥ Tempat untuk kembali bangkit sekalipun hati kita telah hancur berkali-kali

♥ Tempat untuk tetap mengerti ketika tak ada satupun terlihat memberi erti

♥ Segala sesuatu menjadi mungkin kerana Allah lebih memahami kita melebihi

diri kita







5)
Wahai kaum adam, berhati-hatilah jika kamu membuatkan seorang wanita

menangis kerana Allah SWT mengira air matanya . Wanita datang dari tulang

rusuk lelaki , tidak dari kakinya untuk berjalan di atasnya , bukan dari kepalanya

untuk menjadi lebih degil tetapi dari sisinya , di bawah lengan untuk dilindungi

dan

di sebelah sisi hatinya untuk disayangi