Barang yang diperlu bawa bercuti ketika musim sejuk (winter)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pada 7/12 hingga 12/12/ 2018 lalu, sis bercuti di Seoul, Korea. Musim pada kali ini adalah winter . Yeah!! Suhu antara -2 hingga -11 . Sejuk yang amat. Walaupun salji tidak turun ketika sis berada disana, suhu disana sangatlah sejuk. Orang macam kita ni terbiasa dengan panas....memang cramp badanlah tetiba sebab sejuk.

So entry kali ini, sis nak kongsikan sikit apa barang keperluan yang korangg kena ada ketika bercuti di negara empat musim esp musim sejuk . Winter!

1) Winter coat, jacket

Jaket tebal adalah perkara yang paling wajib korangg ada kalau bercuti pada musim sejuk. Jaket dipakai pada lapisan luar, manakala yang dalam pakailah baju, sweater dan inner shirt. Confirm tak sejuk mana. :) Jadi, tak menganggu lah korangg nak pergi jalan-jalan. Buat pada mereka yang tak tahan sejuk, belilah jaket atau winter coat yang labuhnya sehingga paras betis. At least kaki korang tu always keep warm. ^^ Mana nak beli? Uniqlo atau mana-mana kedai untuk travelling. Tapi kalau nak berjimat, bundle atau pakaian preloved pun okay guys. Pastu, korang hantar dobi lah buat dry cleaner. hehe Lazada atau shoppe pun ada.


2) Kasut

Kasut yang memang khas untuk dipakai ketika musim sejuk (ada bulu dalamnya) atau winter boot. Tapi untuk mereka yang betul2 backpacker, jalan jauh-2; naik turun subway etc , pakailah kasut sukan. Saiz 1-2 cm lebih besar dari saiz kasut biasa korangg. Sebab, masa aku pergi bercuti hari tu, tetiba kasut jadi ketat bila nak pakai. Aku tak pastilah kaki aku membengkak ke, atau kasut mengecil ke... but memang tak selesa tau. So aku sarankan beli besar sikit. Dalam masa yang sama, boleh lah korangg pakai stokin tebal dengan kasut.


3) Hotpack / Body warmer

Benda ni memang sangat membantu. Layan tak Runningman? Kalau korangg perasan artis-artis dorangg mesti bawak hotpack ke hulu ke hilir. Memang lega kalau ada benda ni sebab memanaskan badan kita yang sedang kesejukan. Mana nak beli? Beli secara online pun boleh atau beli kat Daiso. Murah dan mudah nak dapat.


4) 'Long Johns' atau Heattech

Sejenis pakaian dan material dibuat khas untuk menahan sejuk . Kena pakai dekat dalam ye. Boleh beli di Uniqlo. (Stretch, extra warm, light and comfortable) hehe. Beli secara online pun boleh. Pakai long johns, pastu pakai tshirt then last skali pakai jaket. Faham? Pakaian ni memang halang kita daripada suhu yg terlalu sejuk.


5) Sarung tangan dan Scarf/mafla

Sarung tangan boleh beli dekat Daiso atau secara online. Pastikan beli yang boleh touch screen. Senanglah korangg tak perlu buka sarung tangan setiap kali nak guna handphone. Kemudian, scarf atau mafla. Aku sarankan beli yang jenis knitted scarf. Sebab dia jenis tebal giler. haha. Pashmina shawl atau cashmere scarf pun bagus untuk menghalang dari sejuk. Balut dekat leher. Mana mahu beli? aku rasa senang je nak cari shawl, dekat masjid jamek pun banyak. Scarf? Lazada atau pun preloved shop/bundle shop.




p/s nanti sis tambah lagi ye . tq! ^^ maaf lah entry serba kurang.








Assalamualaikum and salam sejahtera,

Buat pengetahuan anda, sis tak ambil dah kos dip. teknologi makanan. Sekarang sis sudah masuk semester akhir untuk prog. Dip. Jurupulih perubatan pemulihan (anggota) atau nama lain dia Diploma Fisioterapi di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia, Sg. Buloh.

Ada yang tanya, kenapa berhenti ambil dip. Food Tech time sem 3?

Jawapan adalah, sis memang dah lama minat perubatan ni. Lagi-lagi fisioterapi . Apakah tugas mereka? Nanti sis cerita ya.

So, sebenarnya sis apply di laman web SPA selepas habis SPM. Mohon lah separa perubatan ini . Bila dipanggil temuduga, sis kena tunggu . Bila tunggu tu, sis dah nak masuk sem 3 Food Tech, barulah pihak BPL panggil masuk belajar untuk Kos Fisioterapi. Mencabar bhaiii.

Walaupun, hampir setahun pelajar di POLISAS, sis gagah kan diri juga pergi belajar kos fisioterapi. Sebab? sis memang minat.

Tu ja ceritanyaaa :D

Diploma Prog. Teknologi Makanan Part 2

Assalamualaikum dan slm sejahtera,

maaflah busy sejak2 ni. Baru ja balik bercuti dari Seoul, Korea. Mungkin akan jadi sis punya next post. InsyaAllah.

Hari tu banyak yang bertanya tentang kos Food Tech macam mana. Yang baru membaca ini, boleh rujuk previous entry saya mengenai Food Tech . Bagi yang ingin tahu apa yang korang akan belajar sekiranya menerima kos ini. Yang adik2 yang baru habis spm boleh lah tengok entry ini dan  before this.

So, yang dibawah ini merupakan senarai silibus yang diajar di 2 tempat Politeknik ; satu di Kuantan dan satu di Johor.

Semester 1:
Engineering math 1
Inorganic & physical chemistry
Fundamental of microbiology
Introduction of food science & technology
Pengajian malaysia
Communicative english 1
Occupational safety & health


Semester 2:
Organic chemistry
Food chemistry
Food microbiology
Unit operation in food processing
Concept of halal food
Sains teknologi dan kejuruteraan dalam islam


Semester 3:
Animal products technology
Plant process technology
Fats and oils technology
Communicative english 2
Food quality analysis


Semester 4:
Food packaging 
Sensory evaluation of food
Statistic for food science
Food product development
Project 1
Instrumentation in food analysis
Post-harvest technology/biochemistry/bakery


Semester 5:
Food safety
Fundamental of food engineering
Project 2
Entrepeneurship
Komunikasi dan penyiaran islam
Communicative english 3
Food biotechnology/nutrition/microbiology


Semester 6:
Internship


semoga anda faham yeah . :)