Belajar Bahasa Jepun - Intro

Assalamualaikum and good evening.

Ini adalah entry pertama mengenai pembelajaran bahasa jepun bahagian pengenalan diri. Kita digalakkan untuk belajar lebih kurang 3 bahasa. Demi kemajuan diri dan hidup kita akan datang (apa aku cakap ini. hehe).

Baru-baru ini aku terserempak dengan pelancong jepun. Minta bantuan lagi. Nak berborak tapi tak reti cakaplah. Lagipun mereka tidak berbahasa inggeris apatah lagi berbahasa melayu. Jadi, tak salah kalau kita memulakan komunikasi kita dengan mereka. Minat? Jom belajar.

DIRI

*Nama saya Melly / My name is Melly - Watashi no namae wa Melly desu.

*Umur saya 20 tahun / I am 20 years old. -  Watashi wa hatachi desu. 

*Orang Malaysia / Malaysian people -  Mareshia-jin desu 

* Awak - Anata


NOMBOR


1.Satu:Ichi
2.Dua:Ni
3.Tiga:San
4.Empat:Yon, Shi *
5.Lima:Go
6.Enam:Roku
7.Tujuh:Nana, Shichi *
8.Lapan:Hachi
9.Sembilan:Kyuu, Ku *
10.Sepuluh, ~ puluh:Juu

*Angka 4, 7 dan 9 memiliki dua cara baca. Untuk hitungan biasa, kita boleh guna yang berada di depan. Kata yang berada di belakang biasanya untuk kata-kata tertentu seperti Jam, Tanggal, Bulan dan sebagainya yang akan kita kata nanti.


WAKTU

* Selamat Pagi / good morning - Ohaiyo Gozaimasu

* Selamat Tengahari / good afternoon - Konnichiwa

* Selamat malam (petang) / good evening - Konbanwa

* Selamat tidur (malam) / good night - Oyasuminasai


PERCAKAPAN HARIAN

* Selamat berkenalan / hello - Hajimemashita

* Selamat jalan / goodbye - Itterasshai

* Terima kasih / thank you - Arigato gozaimasu 

* Saya pulang / I'm back - Tadaima

* Maaf / sorry - Sumimasen

* Sampai jumpa lagi / see you soon - Mata aimasho



huruf jepun. credit to pakcik google. ^^


Baiklah. Itu sahaja setakat ini. Sambung lain pula nanti. Selamat mencuba.


p/s cuti nak habis. aiyakk. hehehe


Shawl baru.

Assalamualaikum and good evening!

Habis blog aku yang mula naik sawang. haha sudah lama tak menaip untuk entry baru. Busy dengan menanam anggur di atas katil. Hahaha Insya-allah lepas ni, rajin. Amin~

Pagi tadi, aku dengan nenda tersayang shopping bersama. Dan nenda aka maktok belanja aku shawl. huhu kainnya nipis dan kalau nak pakai kena ada inner neck. But it's okay sebab pattern dia sangat menarik. Lovely.

Beli dekat Jalan Tar. Murah je, 2 helai RM 15. tu yang buat nenda beli 2 helai untuk aku. Satu gabungan warna kuning dan jingga. Dan lagi satu polkadot yang berwarna purple plain.



nampak tak yang tergantung di leher tu? That's the shawl. Comel bukan?



Aku pernah nampak satu gambar yang ada muslimah ini berpakaian style, dengan cardigan warna, t-shirt yang cantik dan berhijab. Yang aku pasti, pashimina mungkin, ada di letak di leher seperti gambar di atas. She's beautiful. Biar pun wajahnya aku tak nampak tapi gayanya cantik. 

So, credit to her because I just got an idea to create a new fashion. :)




p/s Cuti ! Pmr result tak lama lagi. Nasib kita dah lepas. hehe thanks for visited.





Kali pertama memanah ^...^

Assalamualaikum and good afternoon.

Isnin baru-baru ini, 4 Nov 2013. Aku dan kawan perempuan sekelas aku 'hang out' bersama nak tonton Highland Tower lah kononnya. Mentang2 cuti waktu tu. Huhu

Tapi, bila je sampai TS. Laa.. tiket wayang pukul 2 ptg sudah habis!!!. Cepatnya.. Yang ada pun cuma pukul 4 ptg. Aku memang tak sempat nak merasa - tengok cerita tu. Kawan2 yang lain sanggup stay back lama nak tengok.

Jadi, waktu kita orang arrived situ, jam baru je 12.30 tghari. Takkan nak balik terus? So,kami bercadang main boling di tingkat atas.




Lepas puas je baling, lontar, langgar pin boling.... Aku ternampak 'Stars Archery' di sebelah tempat boling. Huhu dulu memang teringin nak main di sini. Jadi, aku ajak member2 lain pergi situ. Daripada 5 orang yang datang. 2 orang je yang nak main archery tu. Aku dan Fiqa. Lagi ramai yang main, lagi murah. Sebab ada pakej. Kiranya kalau seorang RM 12 - 15 arrow. Kalau dua orang RM 21 - 30 arrow. Lebih berjimat.





Ku sangka kan mudah!!! Tapi susah wooo!. Bukan main ketat busur tu. Tangan yang korang guna untuk tarik arrow tu kena angkat tinggi. Tangan yang pegang busur tu pula kena lurus! Baru boleh memanah. Kalau korang right handed, mata yang korang guna ialah mata kanan. Yang kiri kena tutup. Baru boleh shoot tepat. Kononnya! Haha.


Gambar contoh yang aku ambil dari Google. Hehe 
Kredit ye!


Bagi beginner, ada seorang coach akan tolong. Hohoho Macam hari tu, yang aku pergi, pelatih di situ, gelak je memanjang...bila aku tarik arrow archery. "Control sikit muka tu."  Tu je ayat dia. Hahaha. Ingat senang nak tarik benda tu. Memang dengan muka-muka aku ditarik sekali. hoho


Jadi, kalau nak cuba.. Pergi dekat sini je Berjaya Times Square. Dekat bagi mereka yang duduk di KL. hehe Server mereka pun bagus.

kalau tidak, Sunway Pyramid pun ada. :D



p/s Good luck batch 96's for ur SPM. ^^'













Jual Komik Terpakai

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hehe

Selain daripada menulis blog, membaca novel, aku juga antara peminat otaku. Kalau korang selalu singgah sini, mungkin korang pernah terbaca entry aku pasal komik. - Novel grafik

Memandangkan aku jenis suka membaca komik, almari buku aku dah padat plus sarat dengan komik-komik aku itu. So, pada korang yang suka beli dan baca komik. Aku ada jual tau. Dengan harga murah dan mungkin boleh berunding lagi. 'Mungkin' hehe.

Komik terpakai ini, memang aku jaga dengan baik. Ceh! Walaupun ada yang sudah bertahun, tapi macam baru. Haha. Aku kalau beli komik mesti aku balut pakai pembalut buku. Kena jaga kualiti punya pasal. Nanti rosak.

Bawah ini, antara komik aku yang hendak dijual. :D





Demi membeli gaun idamannya yang dilihat ketika pulang dari sekolah, Hina memutuskan untuk bekerja sambilan di sebuah pustaka persendirian, "Pustaka Biru". Di sana dia bertemu majikannya, seorang yang juga otaku buku bernama Shimokomoriya. 'Cikgu' yang banyak karenah. 
Termasuk ini -Pilihan Sekolah Tahun 2 Kelas H

RM 5



Di sekolah Megumi terdapat dua orang bernama Hijiri. Satu adalah idola seluruh sekolah, si abang, Junichi Hijiri, dan satu lagi adalah adiknya yang sangat biasa-biasa, Junpei Hijiri. Megumi belajar di kelas yang sama dengan si biasa-biasa Junpei. Satu hari, secara kebetulan , mereka bertugas pada hari yang sama.
Termasuk ini - Ingin Memelukmu
  -Tolong
           -Rahsia Cikgu

RM 5



Syurga adalah syarikat. Tugas utusan pencabut nyawa ialah menghantar roh ke syurga tetapi sebahagian mereka tinggal bersama manusia. Uka, dari kelas C merupakan pelajar sekolah dan dia telah bertemu dengan Tsumugi dari kelas A.

RM 5




Si utusan maut, Uka telah menghantar roh Yoshikawa ke kayangan dan berusha memenuhi permintaan mereka sebelum nyawa mereka di ambil. Semakin lama, terbit satu perasaan di hati Uka mengenai Tsumugi.

RM 5



Chaya mentari terpancar lembut pada isi kedai; haruman aneka ban tersusun selari. Kerana dah lama idamkan untuk bekerja di kedai bakeri 'Saint Molly', Miko datang ke bandar Tokyo. Pemangku pengerus kedai, Natsu sebaya dengannya malah mereka tinggal di bangunan apartmen yang sama. Rasa cemburu Natsu kepada Miko, menyebabkan dia melarang Miko pergi ke tempat kerja.


RM 5


Hazuki adalah anak bongsu daripada empat beradik. Walaupun seorang lelaki, dia mahir dan cekap melakukan kerja-kerja rumah berbanding kakak-kakaknya. Pada suati hari, junior kakaknya bernam Mana datang ke rumah dan berlaku sedikit kekocohan! 
Termasuk ini -Hakikat Sebuah Sumpahan
                  -Pembaharuan Zaman Edo


RM 4


Setiap pembelian, postage berharga RM 6. Jadi, aku cadangkan korang beli 3 komik terus. Aku bagi harga RM 12 (exclude postage). Setelah ditolak, tambah, bahagi. Fuhh! Ini kira offer murah tau. hahahaha :D





Ada lagi. Cuma kita mula dengan ini dulu. Jadi, ada apa-apa, komen di sini ya. Berilah respon. TQ :D


p/s baru lepas ambil final exam. 








Susahnya !

Assalamualaikum dan selamat petang. Bulan ni bulan exam dan itu memang menakutkan. Erggr~ cikgu siap kata ada shuffle kelas. Mengeletar. Tadi ada exam biologi. Seriusly aku target biologi tinggi tapi bila tengok soalan macam apa je. Aku punya fikir banyak2 sampai tak sedar masa dah habis. Of course lah tertinggal. Hancus harapan lagu ni. Nak nangis je rasa. Ya allah, mohon terbaik dariMu. :-) Esok pula subjek fizik. Antara subjek peperiksaan yang susah di Malaysia. Aku ni kalau bab-bab yang guna ilmu hisab memang tak boleh. Aku jenis manusia yang suka menghafal dan teori. Dan bukannya menyelesaikan masalah. Takpe, kau boleh ppunya! Hehe. Motivate diri sendiri. Aku pernah dengar yang cara motivasi diri yang terbaik adalah dengan bercakap di depan cermin. Lebih baik sorang dirilah kan. Hehe :) Semoga aku berjaya :D Ceh, poyonya ayat. Harhar >_<

The Master's Sun

Assalamualaikum and hello!!!

This is the latest korean drama and it is my favorite!

The Master's Sun




Profile
  • Drama: Master's Sun
  • Revised romanization: Joogoonui Taeyang
  • Hangul: 주군의 태양
  • Director: Jin Hyeok
  • Writer: Hong Jung-EunHong Mi-Ran
  • Network: SBS
  • Episodes: 17
  • Language: Korean
  • Country: South Korea







Synopsis

Joo Joong Won (So Ji Sub) is a cold and ambitious CEO, who measures all human relationships through money. Tae Gong Shil (Gong Hyo Jin) is a sensitive assistant, who suffers from insomnia, due to her ability to see ghosts after an accident. Joong Won will learn to trust Gong Shil and falls in love with her.







              Seo In Guk     Gong Hyo Jin       So Ji Sub         Kim Yoo-Ri 
   as                     as                      as                    as
        Kang Woo       Tae Gong-sil     Joo Joong-won    Tae Yi-Ryung
        (sun)               (master)








Theme song for this drama by Hyorin (Sistar) - Crazy of You








Episode 1 part 1 - credit to Youtube..




p/s I wish you will enjoy for watch this horror but comedy plus romantic drama (THE MASTER'S SUN)




















HaHa creates a Facebook account!




Everybody know the 'child' in Running man, right? Donghoon Ha







Eternal child, reggae artist, and entertainer HaHa launched his official Facebook account last day, urging all of his fans to join him on his new social network!
He confirmed his Facebook presence on Twitter earlier today, posting a image of his official page.

 Follow his updates here!







Read more: http://www.allkpop.com/article/2013/09/haha-facebook#ixzz2fmXOYJi2 

iPhone 5S !


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apple Introduces the iPhone 5S with Fingerprint Detection. Awesome! And Apple introduced the iPhone 5s with latest A7 chip 64-bit, 8-megapixel camera with all-new technology 'True Tone flash and fingerprint sensors' Touch ID innovative' to unlock your iPhone by simply placing a finger. It's very interesting, right?


Colourful bhai!! Ni yang buat aku gigit jari. 



Bukan itu je, the new A7 chip for the first time in the history of smartphones, supporting 64-bit equivalent to the desktop. With the GPU and CPU two times more powerful than previous chips, whatever you do faster and prettier graphics, in the same time using a little battery power. <--- itu="" logikkah="" p="">





iPhone 5s say is powerful enough to use the latest OpenGL 3.0 along with the A7 chip 64-bit, enough to produce great performance which previously could only be done by Mac and console games.

Bila aku tengok dekat youtube. haha canggihnya! Seriusly, jeolous beb!!











p/s nak satu!? I want it!




Whole the class has became Minions!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Benda ini dah lama dah aku lukis. tak de lah lama sangat. cuma belum tayang lagi. huhu Minions! Everybody knew already about minions, right? Harhar. Yang warna kuning comel itu! From 'the despicable me 2'.



dan ini!!



hehe ^_^


Asalnya aku lukis minions ini untuk kad raya. Kononnya nak bagi cikgu. 'From 4 science'. Tapi tangguh punya tangguh akhirnya gua sudah lupa! Heheh



comel, bukan? hahaha 'masuk bakul angkat sendiri'

Apa daa? puji diri sendiri. Thanks to alisa also bcos help me by touch up! hehe kalau korang perasan yang jadi evil tu satu-satunya classmate aku yang tak sekepala. Dengan satu kelas susah nak ngam. Haha sebab dia multiasking. kikiki nothing. It's joke! 



p/s nak speaking? hambek kau. tunggang langgang. Kami masih belum cukup terel lagi nak perkena bahasa omputih ini. :)











Kemalangan Bas di Genting Highlands

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kita telah dikejutkan dengan berita pada malam ini mengenai kejadian kemalangan bas di Genting Highlands.

Daripada sumber yang berkata :-

Sekurang-kurangnya 20 mayat telah ditemui dari bas yang menjunam ke dalam gaung yang mendalam berhampiran Malaysia mountaintop tourist resort Rabu, seorang pegawai jabatan bomba berkata.
Polis berkata bas itu membawa sehingga 45 orang apabila ia jatuh ke bawah bukit di Genting Highlands, perjudian dan resort hiburan kira-kira satu jam memandu dari ibu kota Kuala Lumpur.






"Kami telah mengesahkan 20 meninggal dunia," kata pegawai kebakaran, M. Mahendran, memberitahu AFP melalui telefon.
"Kami telah mengambil beberapa orang cedera tetapi kami tidak dapat mengesahkan berapa ramai di dalam bas."

Beliau berkata, pegawai-pegawai telah dapat mengesahkan kerakyatan mangsa. Talian penyelamat berpaut kepada tali oren untuk sokongan dilihat menarik keluar mangsa yang cedera dari bas remuk yang berbaring di sebelah dalam tumbuh-tumbuhan tebal kira-kira 30 meter (100 kaki) ke bawah dari jalan raya.

Gambar amatur disiarkan di Internet juga menunjukkan kerosakan kepada benteng konkrit jalan ini, menunjukkan bas telah berjaya untuk menghancurkan melalui halangan. Media Malaysia sebelum ini telah melaporkan bahawa sekurang-kurangnya 15 orang telah dihantar ke hospital selepas kemalangan pada kira-kira 3 petang pada jalan yang curam dan berliku.

Polis berkata bas itu adalah sebahagian daripada garis tetap yang feri pelawat antara modal dan resort bukit.

Resort yang mewah, yang terang lampu dapat dilihat dari bandar pada waktu malam, dikendalikan oleh firma permainan Genting Malaysia, salah satu syarikat terbesar di negara ini.

Resort ini termasuk kasino tunggal di negara ini dan telah menarik lebih 20 juta pelawat setiap tahun sejak 2011. Ia kini sedang menjalani dilaporkan tiga bilion ringgit ($ 900,000,000) membaik pulih. Rancangan termasuk ringgit Century Fox puluh taman tema 400 juta akan dibuka di 2016.

Walau bagaimanapun, jalan yang curam dan berliku-liku yang membawa kepada Genting Highlands adalah terkenal berbahaya.Dua pelancong India meninggal dunia dan 22 orang lain cedera apabila bas mereka terbalik di kawasan itu tahun lepas. Majoriti Islam Malaysia telah mengharamkan perjudian tetapi membenarkan orang bukan Islam untuk bertaruh di kasino di Genting Highlands, serta kuda-lumba dan loteri swasta.



-petikan dari sumber yahoo.



p/s bilangan kematian mungkin meningkat kerana masih ada penumpang belum diselamatkan lagi.




Jodoh Itu Milik Kita (ASTRO)

Assalamualaikum..

Hohoho Selamat menyambut hari raya yang tak lama lagi. Maaf Zahir dan Batin. Okay. Ada satu story from astro yang diadaptasi daripada novel Sara Aisha, Jodoh Itu Milik Kita.





Dahlia ditinggalkan Syafiq di hari pernikahan mereka & terpaksa menerima Aariz, abang Syafiq sebagai pengganti. Dapatkah kebahagiaan ditemui & apakah yang terjadi apabila Syafiq kembali? Dibintangi Tiz Zaqyah, Farid Kamil, Syazwan Zulkifly, Nabila Huda, Keith Foo dan ramai lagi. Adaptasi novel karya Sara Aisha.









Jodoh Itu Milik Kita, Mulai 19 Ogos 2013, Isnin - Rabu, 10 malam.



Trailer : Jodoh itu Milik Kita.


Ada masa? Cer dengar lagu OST  Jodoh itu Milik Kita.





p/s hohoho shopping raya to go!! credit to: uncle youtube and pakcik google. :)







Telemovie Bayangan Rindu 2013


Assalamualaikum and good afternoon!

Hohoho. Aku nak share tentang minat aku satu cerita ni. Actually cerita ni sudah lama maa! Baru aku mau tengok. Huhuhu baru je lepas  pagi tadi. Tapi weh, gua serius memang best cerita nya! hoho. Daripada adaptasi novel Anis Ayuni iaitu Bayangan Rindu.



Cerita yang telah diadaptasi oleh Eirma Fatima telah menarik minat aku. Tayangan daripada astro. Barisan pelakon yang manatp lagi menarik. Huhuhu feveret hero aku Beto Kyushairi (Kiew @ Umar Asy). hihi and pelakon wanita yang mula melonjak naik. Nad Zainal (Iddya)! 



Bukan itu je. Ada Zahiril Adzim, Zain, Jua Aziz, Dian P.Ramlee. And banyak lagi.

Ayat yang paling glamur yang Kiew (Beto) guna is:-

"One fine day, insyaallah.........."
" Salam kasih siapakah yang singgah mengusik ke sanubari ini? 

Sinopsis Bayangan Rindu 

Kisah cinta Iddya yang penuh pahit manis. Cinta pertamanya dengan Baein, teman sekelasnya tidak kesampaian apabila pemuda itu mengalih cinta kepada gadis lain. Benar andaian Iddya, cinta anak-anak sekolah tidak akan ke mana. Baein yang berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara, berkahwin dengan Ivy di sana. Biarpun kecewa, Iddya tabah menghadapi dugaan ini.

Cintanya berputik lagi bila bertemu Lutfi. Lutfi yang secara kebetulan menjadi penyelamatnya dari si bujang terlajak yang suka menggangunya di pejabat tempat dia praktikal, berjaya menambat hati Iddya walaupun Lutfi bergelar duda beranak satu.

Kali ini dirasakan perasaannya berlainan dari cintanya pada Baein. Bersama Lutfi dirinya menjadi matang. Lutfi pandai mengambil hatinya. Lutfi bisa menggegarkan naluri kewanitaannya. Baginya cinta Lutfi adalah sesuatu yang paling indah.

Dalam pada itu, perhubungan Iddya dengan teman-teman sepersekolahan terjalin kembali, terutama dengan Kiew yang selalu memujuk diri Iddya semasa dia merajuk dengan Baein (waktu persekolahan dulu). Mereka semakin akrab. Tidak terlintas di hati Iddya yang Kiew menaruh hati padanya dalam diam. Tetapi Kiew mengetahui hubungan Iddya dan Lutfi, jadi Kiew hanya cuma mendekati Iddya sebagai teman rapat sahaja.


Namun, takdir tak siapa menduga. Sewaktu Lutfi dibawa untuk diperkenalkan dengan keluarga Iddya, terbongkar rahsia bahawa Lutfi merupakan bayi yang disusui ibu Iddya sewaktu mereka sekeluarga menjaganya di Sarawak berpuluh tahun dahulu. Maka, hubungan antara mereka adalah adik beradik sesusuan.

Hati Iddya remuk mengenangkan kekasih hatinya adalah abang susuannya dan mereka terbatas dalam talian kekeluargaan. Iddya kecewa. Lutfi juga. Namun, hidup harus diteruskan. Yang menambah kekecewaannya Lutfi memilih teman sekerjanya sebagai penganti dirinya.

Sejak itu, dia mendendami Hilda yang dirasakan perampas haknya. Meskipun tahu antara dirinya dengan Lutfi tidak mungkin boleh bersatu.

Sekali lagi Iddya membawa hati yang lara, menuju ke Turki bagi memujuk hatinya. Saat itu Kiew datang dan menghiburkan dirinya. Perasaan kecewanya di curahkan pada Umar Aisy. Lelaki yang dikenali sejak zaman persekolahan dahulu. Lelaki yang setia menemaninya di saat suka dan duka. Yang selalu menitipkan kata-kata semangat apabila dia dilanda kekecewaan. Yang sedia menjadi pendengar setia dikala dia mencurahkan rasa hatinya.

Dalam diam, ada getar menyelinap di sanubari. Iddya tertanya-tanya adakah dirinya seorang yang merasakan begitu? Untuk bertanya, dia tidak ada kekuatan. Malu seandainya dirinya bertepuk sebelah tangan. Rupa-rupanya Kiew@Umar Aisy yang telah lama memeluk Islam. Barulah Iddya tahu yang selama ini Kiew menyimpan rasa terhadapnya demi kasihnya pada Baein mahupun Lutfi.

Sedang impian mulai dilakar, kehadiran Baein mengusutkan keadaan. Menagih cinta yang telah tiada. Mana mungkin Iddya menerima Baein kembali dalam hidupnya sedangkan lelaki itu sudah mempunyai anak dan isteri. Dirinya bukan perampas kebahagiaan rumah tangga orang lain. Tak cukup dengan itu, dirinya menjadi mangsa serangan isteri Baein, Ivy Syahirah. Di nyatakan pendiriannya.

Alangkah sukarnya mempertahankan diri di saat ketidakpercayaan masih kuat bersarang di hati. Pengakuan Umar Aisy amat di nanti Iddya. Sekian lama memendam rasa akhirnya terluah jua. Huluran kasih Umar Aisy disambut dengan rasa syukur. Sesungguhnya penantian itu suatu penyeksaan, tapi indahnya tetap ada. Kini, Iddya dan Umar Aisy bahagia menyulam cinta hingga ke akhirnya. Tamat


sorry. part 1 cari sendiri. hehehe
pakcik youtube ada !



Part 2





hehe orang lain dah tengok. Aku baru je nak tengok. Yang belum tengok. sila lah ye. best! sad! Aku gile tengok cerita ni sebab watak yang Beto Kyushairi sangat hebat! respect him. orang yang penyabar, baik, pendengar yang bagus, tak merungut, tak lupa agama. haih~ 


p/s Musim demam kini kembali. fufufu~











Assalamualaikum dan salam ramadan al-mubarak.
Apa macam korang punya keadaan sepanjang berpuasa ini? hehe

Seriusly, aku tak sangka akhirnya ramadan bakal meninggalkan kita. Waaaaaaa!!!! 2 weeks lagi je.



Perbanyakkan amalan ya sesungguhnya bulan Ramadan adalah penghulu segala bulan. Ganjarannya berlipat ganda. Datang hanya sekali setahun. 

  • Hadis riwayat al-Baghawi dari seorang lelaki di kalangan sahabat, yang maknanya: “Satu kebajikan dengan sepuluh kali ganda dan ditambah, dan satu kejahatan hanya dibalas satu dan mungkin Aku hapuskannya, dan puasa untuk-Ku, dan Akulah yang membalasnya. Puasa sebagai perisai dari azab Allah sebagaimana penyangga, sebagai perisai dari mata pedang”.

Hah! hari tu mak tuk aku (grandma) baru je pergi berumrah. Alhamdulillah. Rezekinya. Pada mulanya tak dapat. Yelah dekat sana kan macam-2 projek. Dengan pembinaan baru lagi di Masjidil Haram.


Then, last minute tu, ada call. My mak tuk got it! kelam kabut lah weh. hahaha Aku yang dari sekolah terus balik and bersiap sedia for send her to KLIA. Pukul 7 baru bertolak. She will have a great fasting in there. :)


Aku dan adik2. My mom dekat depan sana. Laju dia jalan huh!! hehe


Ada juga member-2 aku sudah merasai tanah suci itu. Bertuah sungguh mereka. eceh! hehe insya-allah aku pun dapat ke sana. Amin~


p/s Selamat berpuasa weh! hihihihi


Karya Saya??

Assalamualaikum dan salam sejahtera!

Selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak kepada sema umat Islam. Banyakkanlah amalan di bulan mulia ini. Okay. Yan ada cuba nasib dalam bidang menulis novel ni. hehehe cuba! hantar online je dekat Penulisan2u. Minta pendapat korang saje. Rajin-rajinlah bawak diri tu baca Yan punya novel. hehehehe

SINOPSIS



Nur Iman Zahra telah mengesyaki dirinya menghidap amnesia apabila dia jatuh pengsan di tempatnya bekerja. Inilah punca kemalangan 3 tahun dulu yang mengubah cerita hidup Zahra. Amnesia adalah gangguan kemampuan mengingat peristiwa masa lalu. Dia mudah keliru, kurang faham akan sesebuah situasi, terlupa itu ini sehingga menaikkan darah Fayyadh. 'Ah! Mamat Kangkung itu lagi. Dia fikir dia seorang sahaja boleh naik angin?'

Fayyadh Nul Zahin lelaki misteri yang menjadi tanda tanya. Perangai annoying nya amat diprotes Zahra!. Pervert! Tapi rahsia si dialah yang diburui Zahra. 'Akulah si kacak!'

Namun segalanya bertukar sekelip mata. "Umi kesian tengok adik. Kan lebih baik kalau ada peneman sehidup semati dengan adik. Kahwinlah ya?". Permintaan Raja Azwin yang dituju kepada anak angkatnya, Zahra membingungkan sekali.

 'Ada ke orang nak bini yang pelupa macam aku?'

Ini bukan kahwin paksa tapi ini adalah perkahwinan yang dipersetujui oleh sebelah pihak. "Kau, kahwin dengan aku jelah ya?" - Fayyadh.

'Takkan nak main terima je. Apa muslihat mamat kangkung ni buat?' - bidas hati Zahra

Selangkah lagi menuju kebahagian datang seseorang menuntut janji yang entah ke mana menghilang.

"Kalaulah awak tak lupa ingatan. Sayalah yang sentiasa di hati awak. - Zhariff


nak tahu lagi.... sila lah ke sini.

Baru sampai Bab 2. kikiki. Ini link ya. Yan memang nak pendapat korang. Sangat diperlukan. Yelah, boleh belajar daripada kesilapan bukan? huhuhu


Bab 1 : Isteriku, Cik Amnesia
Bab 2 : Isteriku, Cik Amnesia







Cik Yan meragam!!

Assalamualaikum dan salam semua!

Tak lama lagi kita nak berpuasa!. Hurm Lepas kes jerebu yang melanda negara kita, Yan tak menyempat nak update blog lagi. Takde idea. hehehe

6.7.2013 sma dngan hari sabtu, sekolah Yan ada buat majlis graduasi kali ke-5 dan jamuan pengawas SMKYL di KL Tower. Kelass kau jah! hehe Di Atmosphere 360 Degree Revolving Restaurant. yang tempat restoran dok berputaq-putaq tu. kikiki dan Yan lah pengacaranya bersama my friend, Ayep!



















Tu jelah. Heheh tak leh lebih-2 sebab ni gambar pinjam. Credit to: Idzwan :D 

Tadi baru keluar dengan Mama. Saje pegi shopping. Rambang mata beb!!!! huhuhu seronok.









This is my way of dress up at that time.


Dengan cermin mata hitam ala-ala zaman china dulu. Rantai labuh dengan gelang colourful. Just cardigan and Aztec shawl. hurmm. simple but nice. Entahlah, tu cara Yan berpakaian kalau ke tempat-tempat biasa. 







p/s Selamat Berpuasa dan selamat beramal. :) Thanks for visited my blog












Jerebu Oh Jerebu

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Masalah terbaru yang melanda negara kita, Malaysia ialah masalah jerebu. Masalah jerebu sebenarnya sudah jadi masalah tahunan kepada negara-negara di Asia Tenggara terutama sekali membabitkan Malaysia, Singapura dan Indonesia. Tempat yang menghasilkan jerebu telah lama dikenalpasti iaitu di Indonesia. Atau lebih tepat lagi di kawasan-kawasan ladang luas yang menggunakan pembakaran terbuka sebagai kaedah termurah, terpantas dan termudah untuk membersihkan ladang bagi memulakan penanaman semula.





KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengisytiharkan status darurat di Muar dan Ledang di Johor berkuat kuasa serta merta selepas bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 750 setakat 7 pagi ini.
 
Perkara itu diumumkan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G. Palanivel menerusi posting terbaharu dalam facebook beliau. - Bernama


Statistik terkini bacaan Jerebu di seluruh Malaysia 23 Jun 2013 - Bacaan paras jerebu yang dicatatkan sekitar pagi Ahad di seluruh Malaysia cukup mengejutkan apabila berlaku peningkatan mendadak di kawasan Muar, Bandaraya Melaka dan Bukit Rambai. Paras bacaan jerebu yang dicatatkan di tiga kawasan ini melepasi aras kategori Very Unhealthy yang dibenarkan dan bakal mendedahkan penduduk di kawasan berkenaan dengan pelbagai risiko penyakit khususnya kepada penghidap penyakit asma dan tibi.






Disebabkan jerebu yang boleh mengancam nyawa, semua sekolah di KL, Selangor diarahkan tutup. Jadi hari ini memang buat tahi mata saja lah. :)

Negeri lain yang mempunyai IPU tidak sihat termasuk ibu negara, Putrajaya, Selangor, Pahang, Negeri Sembilan dan Johor manakala dua kawasan yang dikategori sebagai mempunyai kualiti udara sihat ialah Sandakan dan Tawau di Sabah. - BERNAMA



Perbanyakkanlah doa dan memohon kebaikan dari-Nya. Sesungguhnya Allah sedang uji kita. :) Moga diturunkan hujan agar jerebu ini lenyap.







p/s  Yan nak pergi kem esok ni. dekat selangor. Mohon-mohon lah jerebu akan reda dibawa dek angin atau lenyap dibasah hujan. :)