Belajar Bahasa Jepun - Intro

Assalamualaikum and good evening.

Ini adalah entry pertama mengenai pembelajaran bahasa jepun bahagian pengenalan diri. Kita digalakkan untuk belajar lebih kurang 3 bahasa. Demi kemajuan diri dan hidup kita akan datang (apa aku cakap ini. hehe).

Baru-baru ini aku terserempak dengan pelancong jepun. Minta bantuan lagi. Nak berborak tapi tak reti cakaplah. Lagipun mereka tidak berbahasa inggeris apatah lagi berbahasa melayu. Jadi, tak salah kalau kita memulakan komunikasi kita dengan mereka. Minat? Jom belajar.

DIRI

*Nama saya Melly / My name is Melly - Watashi no namae wa Melly desu.

*Umur saya 20 tahun / I am 20 years old. -  Watashi wa hatachi desu. 

*Orang Malaysia / Malaysian people -  Mareshia-jin desu 

* Awak - Anata


NOMBOR


1.Satu:Ichi
2.Dua:Ni
3.Tiga:San
4.Empat:Yon, Shi *
5.Lima:Go
6.Enam:Roku
7.Tujuh:Nana, Shichi *
8.Lapan:Hachi
9.Sembilan:Kyuu, Ku *
10.Sepuluh, ~ puluh:Juu

*Angka 4, 7 dan 9 memiliki dua cara baca. Untuk hitungan biasa, kita boleh guna yang berada di depan. Kata yang berada di belakang biasanya untuk kata-kata tertentu seperti Jam, Tanggal, Bulan dan sebagainya yang akan kita kata nanti.


WAKTU

* Selamat Pagi / good morning - Ohaiyo Gozaimasu

* Selamat Tengahari / good afternoon - Konnichiwa

* Selamat malam (petang) / good evening - Konbanwa

* Selamat tidur (malam) / good night - Oyasuminasai


PERCAKAPAN HARIAN

* Selamat berkenalan / hello - Hajimemashita

* Selamat jalan / goodbye - Itterasshai

* Terima kasih / thank you - Arigato gozaimasu 

* Saya pulang / I'm back - Tadaima

* Maaf / sorry - Sumimasen

* Sampai jumpa lagi / see you soon - Mata aimasho



huruf jepun. credit to pakcik google. ^^


Baiklah. Itu sahaja setakat ini. Sambung lain pula nanti. Selamat mencuba.


p/s cuti nak habis. aiyakk. hehehe


Shawl baru.

Assalamualaikum and good evening!

Habis blog aku yang mula naik sawang. haha sudah lama tak menaip untuk entry baru. Busy dengan menanam anggur di atas katil. Hahaha Insya-allah lepas ni, rajin. Amin~

Pagi tadi, aku dengan nenda tersayang shopping bersama. Dan nenda aka maktok belanja aku shawl. huhu kainnya nipis dan kalau nak pakai kena ada inner neck. But it's okay sebab pattern dia sangat menarik. Lovely.

Beli dekat Jalan Tar. Murah je, 2 helai RM 15. tu yang buat nenda beli 2 helai untuk aku. Satu gabungan warna kuning dan jingga. Dan lagi satu polkadot yang berwarna purple plain.



nampak tak yang tergantung di leher tu? That's the shawl. Comel bukan?



Aku pernah nampak satu gambar yang ada muslimah ini berpakaian style, dengan cardigan warna, t-shirt yang cantik dan berhijab. Yang aku pasti, pashimina mungkin, ada di letak di leher seperti gambar di atas. She's beautiful. Biar pun wajahnya aku tak nampak tapi gayanya cantik. 

So, credit to her because I just got an idea to create a new fashion. :)




p/s Cuti ! Pmr result tak lama lagi. Nasib kita dah lepas. hehe thanks for visited.