Video pertamaku menggunakan Movie Maker

Assalamualaikum dan salam untuk semua.

Apa khabar? sihat? hehe Kali ini, selama seminggu cuti! hehehe Tapi ingat homework buat tau, mesti banyakkan. Macam setahun kerjanya! haha ecehwaah.

Okay. Nak tahu tak? hehe tadi Yan ada cuba nak buat video lagu masuk dalam youtube. Guna Movie maker tau! kikiki Biasalah..baru mahu mencuba. First try, Yan guna kan lagu cinta qaseh. Pernah dengar tak lagunya? Ala yang baru-2 nak naik ni. Kat tv3. Adi putra dengan wawa zainal tu. Kenal dok? hehe takpe lah.

Yan rasa ada gak nak dekat 2 jam berhempas pula buat video tu. Haha budak tadika baru nak belajar. Normal lah kan. kikiki Dan Yan pula memang cerewet orangnya. Nak pilih gambar pun ambil masa lama. Sesuai ke tak? Cantik ke? Tak jadi pilih pula. haha Macam2 Yan merepek. kikiki

Okaylah. Tengok la video youtube Yan ni. kikikiki .

 ni link ye http://www.youtube.com/watch?v=I_Wdcdg638Y



Eh jap! Tutup la dulu scm Yan tu. Playlist dalam blog ni. Nanti terabur pula muzik merata-rata nak dengar. hehe :)


:: Segala tunjuk ajar, saya perlukannya! Thanks.


p/s Happy holiday!



Keputusan SPM!

Assalamualaikum! Dan salam kepada semua pembaca.

 Ehem~ daripada tajuk entry kali ini, korang dah agak kan Yan nak cerita pasal result Spm yang diumumkan semalam! Ceh, asal excited sangat ni? Bukan aku yang ambik result spm. Hehe keputusan Spm telah diumumkan  pada 21 haribulan Mac bersamaan hari Khamis.

Woahh... Yan jadi berdebar-debar.. hehe bila dengar macam-2 keputusan daripada kakak-kakak dan abang-abang. :) eeee...poyonya! haha mana taknya, kita lah yang akan ambil peperiksaan penting tahap power rootttt ni! haha :D

Tahniah kepada senior yang dapat result terbaik dari ladang!! huhuhu namun, disebalik kegembiraan itu ada pula yang bersedih... La Tahzan kakak dan abangku! Jangan bersedih lagi. Sesungguhnya setiap yang berlaku ada hikmahnya seperti hadis:

* Diriwayatkan daripada Kaab bin Iyadh r.a katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya setiap umat itu ada ujiannya dan ujian umatku adalah harta kekayaan. “ – Hadith riwayat Imam Tirmizi


Dan Allah Maha Adil dan Maha Penyayang, ujian2 yang diberiNya adalah mengikut kemampuan masing-masing insyaAllah.   
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdo′a): “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma′aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.”
– Surah AlBaqarah : Ayat 286








Jadi, sabar lah wahai kamu semua. Sesungguhnya setiap ujian yang berlaku pasti ada hikmahnya. Boleh jadi, kamu membencinya dahulu namun suka padanya.....dan boleh jadi kamu menyukainya padahal nanti kamu membencinya. 

Ehh?? betul tak ayat tu... hihihiho




wahh! Yan dah pandai bab-bab macam ni. hehehe takdelah. gurau-2! Okay, selamat bercuti semua! hihihi




p/s bulan depan, mungkin busy sikit. Sikit ke??? banyak!!!! hehe syukran :)





Dia.................

Assalamualaikum dan salam untuk semua.

Entry kali ni serba sedikit tentang Yan. hehe tak pernah-2 nak share personal story kat korang. haha :D untung kali ni. ngee~

Aku diuji dengan kesetiaan kawan yang mungkin tak dapat aku rasa. Apa? Dan lagi sekali, aku diuji kehadiran 'dia' yang ingin kembali. Cukuplah sekadar hint-2 aje. Hehe tak perlulah bernama-nama disini.

"Ku anggap selamanya tak pernah berubah,
       kasih dan cintamu teguh untuk aku,
 Namun bukan aku akhirnya cintamu,
       Ini takdir engkau milik dia... "

eceh...saje nak tayang kat korang lirik lagu cinta qaseh. Ambil feel der. o_0


Aku sentiasa berhati-hati dengan setiap langkah aku. Sebab apa yang kita buat sekarang akan memberi kesan pada masa depan. well, bak kata orang tua-tua...hukum karma gitu..

tapi aku dah buat suatu perkara yang telah melukakan lebih daripada satu hati. 'Sayang' yang telah aku lepaskan tu. Aku lepaskan 'dia' tanpa kerelaan hatinya. Jahatnya aku ketika itu. Hanya mementingkan diri sendiri. Kiranya, aku hanya memikirkan hati aku sahaja. Orang yang bergelar 'dia'. Maafkan aku.

Mungkin selepas ini, jika aku mendapat kasih daripada insan lain....aku pula yang terluka. :)

Ya Allah, maafkanlah diri ini kerana mencintaiMu lebih daripada dirinya. :') Aku lebih memilihMu daripada dia. Aku lebih mendambakan kasihMu daripada dia. Aku lebih merindui sayangMu daripada dia. Dan aku lebih menyukai mengambil jalan dengan menyakitkan hati dia, memedihkan isi hatinya, membuang kasihnya dan seterusnya melukakan hatinya.........ampunkan diri kecil ini. T_T

Maka, Kau berikanlah kasih yang lebih baik kepada dia. : ) insan yang dapat menyayangi diri dia lebih daripada sangkaan dia. Namun, jangan pula hilangkan kasihMu terhadap dia. 

Terima kasih............











What!? Victoria f(x) and Changmin TVXQ are dating!!??

Annyeonghaseyo and salam to all of you!

Okay, story that I want to share about is relationship between Victoria f(x) and Changmin TVXQ. Actually this news was already along ago. Maybe a month ago?

This began with f(x) member Victoria updated her weibo account with a photo that was taken down within minutes. What caught the eyes of fans was that you could see a person’s reflection in the silver spoon on her table. The reflection looked eerily similar to TVXQ member Changmin.




Since than, many rumors have been swirling with people commenting, “Are they dating?“, “Wait, that does look like Changmin“, and “Another couple in 2013?”.
To everyone’s surprise SM Entertainment just released a statement saying, “It’s true that the reflection of the person on the spoon is Changmin, but they were not alone and their staff were presentIt’s just the reflection only caught Changmin“.
But!! Not only that. Another prove that may be they have some relationship that had be hidden before.......


This maybe just a rumors. huh??? hehe or just a good friend relationship. Well, we did not know what happening actually and we cannot just judge them a both. Make a space for them. However, secrets can be revealed my dear. Just be patient. huhu wait and see the next step. 

source - internet


p/s thanks for reading. Follow me!



Merentas Desa SMKYL 2013

Assalamualaikum dan salam semua!

huhuhu. Orait! pada 1 haribulan Mac sama dengan hari Jumaat. Sekolah Menengah Yaacob Latif telah mengadakan acara merentas Desa di Tasik Permaisuri! huhuhu sekolah gue tuu. (><)



But!!! 
Before kita lari. Jom, kita senam! huhuhu marilah amalkan gaya hidup sihat. eceh. haha :) Macam si gadis-gadis berbaju merah belaka ini. ngee~


satu dua, satu dua, satu dua. Fuh!! ponat den. Takpe yg penting semangat!!
 Cikgu, you're super power. heheh :D



Okay pendek kan cerita. Yan dapat no.4 untuk kategori perempuan form-4! hehe. Lari macam slow..tapi tak mau berhenti! Tu yang pasti. Semangat mesti ada weyh! Hahaha Ada juga sumbang jasa untuk rumah sukan wira (kuning). Moga-2 menang woi! hehe

Huh! lupa plak nak upload gambar pingat ala-ala olimpik tu. kikiki saje nak show kat korang. haha :D elek, gue gurau! huhu

yewp! That's me! haha gaya agak mengejutkan dan ala-ala poyo ituu, namun berjaya menambat hati juri. Eh? ada kaitan ke? hahaha

and this St. John bertugas. ^^

nampak tak? cik tembam kita yang bertudung biru tu? hehe
Thanks for this pic adik bella. So, awesome! fufufu~ 

ish Fiqa ni. sempat lagi nak bergambar ye. Yang tak tahan tu........
dapat second place wohh! jeles kita. :P hehe


Then.....other pictures. Peserta yang berjaya mendapat pingat di bawah khemah ungu! hehehe





















Finally... eceh. hehe selepas pemberian pingat..kami pun bersurai. Macam tu je. hehe ok. Yang bawah ni gambar-2 memori merentas desa smkyl 2013.  Warna warni warga SMKYL! :)





p/s that's all! sorry kalau ada yang tersingguh dan heheh thanks for the reading. hohoho study la wehh. yang ada exam. kikikkiki

Terima kasih daun keladi,
                                 nanti singgah lah lagi.