Kali pertama memanah ^...^

Assalamualaikum and good afternoon.

Isnin baru-baru ini, 4 Nov 2013. Aku dan kawan perempuan sekelas aku 'hang out' bersama nak tonton Highland Tower lah kononnya. Mentang2 cuti waktu tu. Huhu

Tapi, bila je sampai TS. Laa.. tiket wayang pukul 2 ptg sudah habis!!!. Cepatnya.. Yang ada pun cuma pukul 4 ptg. Aku memang tak sempat nak merasa - tengok cerita tu. Kawan2 yang lain sanggup stay back lama nak tengok.

Jadi, waktu kita orang arrived situ, jam baru je 12.30 tghari. Takkan nak balik terus? So,kami bercadang main boling di tingkat atas.




Lepas puas je baling, lontar, langgar pin boling.... Aku ternampak 'Stars Archery' di sebelah tempat boling. Huhu dulu memang teringin nak main di sini. Jadi, aku ajak member2 lain pergi situ. Daripada 5 orang yang datang. 2 orang je yang nak main archery tu. Aku dan Fiqa. Lagi ramai yang main, lagi murah. Sebab ada pakej. Kiranya kalau seorang RM 12 - 15 arrow. Kalau dua orang RM 21 - 30 arrow. Lebih berjimat.





Ku sangka kan mudah!!! Tapi susah wooo!. Bukan main ketat busur tu. Tangan yang korang guna untuk tarik arrow tu kena angkat tinggi. Tangan yang pegang busur tu pula kena lurus! Baru boleh memanah. Kalau korang right handed, mata yang korang guna ialah mata kanan. Yang kiri kena tutup. Baru boleh shoot tepat. Kononnya! Haha.


Gambar contoh yang aku ambil dari Google. Hehe 
Kredit ye!


Bagi beginner, ada seorang coach akan tolong. Hohoho Macam hari tu, yang aku pergi, pelatih di situ, gelak je memanjang...bila aku tarik arrow archery. "Control sikit muka tu."  Tu je ayat dia. Hahaha. Ingat senang nak tarik benda tu. Memang dengan muka-muka aku ditarik sekali. hoho


Jadi, kalau nak cuba.. Pergi dekat sini je Berjaya Times Square. Dekat bagi mereka yang duduk di KL. hehe Server mereka pun bagus.

kalau tidak, Sunway Pyramid pun ada. :D



p/s Good luck batch 96's for ur SPM. ^^'