Barang yang diperlu bawa bercuti ketika musim sejuk (winter)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pada 7/12 hingga 12/12/ 2018 lalu, sis bercuti di Seoul, Korea. Musim pada kali ini adalah winter . Yeah!! Suhu antara -2 hingga -11 . Sejuk yang amat. Walaupun salji tidak turun ketika sis berada disana, suhu disana sangatlah sejuk. Orang macam kita ni terbiasa dengan panas....memang cramp badanlah tetiba sebab sejuk.

So entry kali ini, sis nak kongsikan sikit apa barang keperluan yang korangg kena ada ketika bercuti di negara empat musim esp musim sejuk . Winter!

1) Winter coat, jacket

Jaket tebal adalah perkara yang paling wajib korangg ada kalau bercuti pada musim sejuk. Jaket dipakai pada lapisan luar, manakala yang dalam pakailah baju, sweater dan inner shirt. Confirm tak sejuk mana. :) Jadi, tak menganggu lah korangg nak pergi jalan-jalan. Buat pada mereka yang tak tahan sejuk, belilah jaket atau winter coat yang labuhnya sehingga paras betis. At least kaki korang tu always keep warm. ^^ Mana nak beli? Uniqlo atau mana-mana kedai untuk travelling. Tapi kalau nak berjimat, bundle atau pakaian preloved pun okay guys. Pastu, korang hantar dobi lah buat dry cleaner. hehe Lazada atau shoppe pun ada.


2) Kasut

Kasut yang memang khas untuk dipakai ketika musim sejuk (ada bulu dalamnya) atau winter boot. Tapi untuk mereka yang betul2 backpacker, jalan jauh-2; naik turun subway etc , pakailah kasut sukan. Saiz 1-2 cm lebih besar dari saiz kasut biasa korangg. Sebab, masa aku pergi bercuti hari tu, tetiba kasut jadi ketat bila nak pakai. Aku tak pastilah kaki aku membengkak ke, atau kasut mengecil ke... but memang tak selesa tau. So aku sarankan beli besar sikit. Dalam masa yang sama, boleh lah korangg pakai stokin tebal dengan kasut.


3) Hotpack / Body warmer

Benda ni memang sangat membantu. Layan tak Runningman? Kalau korangg perasan artis-artis dorangg mesti bawak hotpack ke hulu ke hilir. Memang lega kalau ada benda ni sebab memanaskan badan kita yang sedang kesejukan. Mana nak beli? Beli secara online pun boleh atau beli kat Daiso. Murah dan mudah nak dapat.


4) 'Long Johns' atau Heattech

Sejenis pakaian dan material dibuat khas untuk menahan sejuk . Kena pakai dekat dalam ye. Boleh beli di Uniqlo. (Stretch, extra warm, light and comfortable) hehe. Beli secara online pun boleh. Pakai long johns, pastu pakai tshirt then last skali pakai jaket. Faham? Pakaian ni memang halang kita daripada suhu yg terlalu sejuk.


5) Sarung tangan dan Scarf/mafla

Sarung tangan boleh beli dekat Daiso atau secara online. Pastikan beli yang boleh touch screen. Senanglah korangg tak perlu buka sarung tangan setiap kali nak guna handphone. Kemudian, scarf atau mafla. Aku sarankan beli yang jenis knitted scarf. Sebab dia jenis tebal giler. haha. Pashmina shawl atau cashmere scarf pun bagus untuk menghalang dari sejuk. Balut dekat leher. Mana mahu beli? aku rasa senang je nak cari shawl, dekat masjid jamek pun banyak. Scarf? Lazada atau pun preloved shop/bundle shop.




p/s nanti sis tambah lagi ye . tq! ^^ maaf lah entry serba kurang.