Countdown SPM

Assalamualaikum dan konnichiwa !

STOP!! sebelum tu sila tekan next lagu kat playlist bwah ini. Baru matching dengan cerita aku. Hehe Please. ^^

Mac sudah tiba. Dan bulan ini adalah mulanya perkataan 'perubahan' di dalam hidup aku.


Esok adalah hari yang ditunggu oleh semua calon SPM batch 97. Yupp. Aku lah di antaranya. Perasaan aku hari ini memang terabur. Risau, gementar, tak sedap, okay, excited, happy, nak nangis... semua ada.

Mana tak nya, pengumuman keputusan SPM pada hari esok bermula dari 10 pagi. Aku nak bersangka baik tapi sebahagian diri aku nihh takut sangat. Rasa macam jantung aku ni di tarik dalam-dalam. Dah tak ada perasaan kupu-kupu main dalam perut, cuma perasaan kecut je. :(




Aku harap semua yang terbaik.


Ya Allah , semoga segalanya dipermudahkan oleh Engkau. Jika kami ditakdirkan gagal di Loh Mahfuz, maka kau ubahlah ia kepada kejayaan buat kami. Amin~

Istighfar banyak-2 lah ye kawan. :) Solat jangan tinggal yang penting tambahkan lagi dengan solat sunat dan doa. Sebelum pergi ambil result, solat Dhuha la dulu :) . Minta ampun dekat mak abah. And dekat sesiapa pun. Bacalah ayat Kursi sepanjang perjalanan kita ke sekolah. InsyaAllah, Dia akan membantu kita. ^^ 





p/s Semoga Wan Afrina Izyan mendapat 11A dalam SPM ini. Amin! Barakallah. Semoga Allah memberkati kita semua.