Lepas Keputusan Upu keluar ......?

Assalamualaikum .

Heheehehehehe (hanya mampu sengih)


Aku rasa aku tinggal blog ini nak dekat 2 tahun. Haha budak lupa diri betul . (^^)


Tetiba terasa nak buka blog and publish entry . Okayyyy . Hari keputusan  UA/Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA (e-Rayuan) bagi program pengajian lepasan SPM/setaraf Sesi 2016/2017 .


So, amacam batch '98 yang ambil spm , dapat tak? Kalau dapat tahniah, dan yang tak tu jangan kecewa sebab peluang korang sambung belajar ke ipt masih ada .


* Pastikan korang buat rayuan ye .

https://online.mohe.gov.my/upu/upuonline_rayuan/

* Atau pun, korang boleh meneruskan pengajian korang sebagai pelajar Form 6 . Ambil STPM . Pakai uniform sekolah? InsyaAllah tidak . Hehe setahu aku, pelajar tingkatan 6 sekarang ni dah boleh pakai baju biasa / kasual . Kat KL dah mula sistem gitu.


* Kalau tidak, aku cadangkan korang mohon SPA (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam). InsyaAllah lepas mohon, ada online peperiksaan dan seterusnya temuduga . Yang aku tahu, kalau korang berjaya, korang akan belajar sambil bekerja. Dapat elaun . :D


Nak tahu lebih lanjut boleh klik SINI .


GIATMARA? IKM/KKTM? Mementingkan latihan dan kemahiran . Minat? Korang boleh cuba, walaupun sijil tapi kalau usaha insyaAllah korang boleh sambung buat diploma lepas tu . Kena rajin ye. Fighting!


Institut Profesional Baitumal 

" Institut Profesional Baitulmal (IPB) mempelawa individu yang berminat untuk mengikuti pengajian di IPB bagi merealisasikan cita-cita anda..
PROGRAM USAHASAMA UiTM "

*Lastly, kolej swasta. Jujur aku cakap, aku tak sarankan . Hurm . Sebab yuran pengajiannya memang tinggi berbanding IPT lain. Tapi kalau korang nak  juga, tak salah mencuba . Mungkin kos yang mereka tawar menjadi dambaan korang selama ini. Hehehe Macam UniKL mereka ada tawarkan biasiswa Mara dengan mengikut syarat kelayakan . Maybe ada rezeki korang di situ .



Okay adik-adik (tua dah saya~~~) yang dah berjaya menyambung pelajaran tu, TAHNIAH ye . Ingat , hidup korang bukan macam pelajar sekolah-sekolah dahh . Korang kena maju sendiri kalau tak mahu ditinggal . Kena pandai berjimat cermat . Jangan lalai . Jangan ponteng kuliah . Dah takda istilah 'makan suap' . 


Sentiasalah berdoa pada Tuhan agar segala perjalanan korang dipermudahkan. Amin! Dan for other . Dah-dah tak mau putus asa . Terus mohon mana-mana tempat, kalau korang takut nak ambil 2nd intake . Please don't ! Cuba ambil peluang itu . 2nd intake tak bermakna korang loser , Tuhan bagi peluang pada korang untuk berjaya . Relax arhh ... student 2nd intake selalu menjadi perhatian senior-senior ipt . Hahahaha . gurau2 . 


Don't give up . Teruskan menimbang ilmu . Jangan lupa pada usaha-usaha korang dari tadika, sekolah rendah sampai sekolah menengah. Dan penat lelah mak ayah korang selama ni. Banyak solat, doa dan zikir . Buat kerja amal . 




p/s Next entry would be ::::: Aku Sebagai Student Politeknik .