Meet Them!

29.12.2011 ada orientasi form 1....yan dengan budak-budak pengawas lain terlibat dalam program ni...huhuhu meet them make me feel awesome!..hohoho miss..miss..miss

jmpe je kawan-kawan perempuan yan..peluk sme2 smpai nak lemas...hahaha best frenz!!bila dengan dorang..mula la perangai giler-giler yan..bertepuk tampatr la...smpai sepak trajang pun ada bila dengan dorang..ahaks!..

lagi2 dorang nie 'sekepala' dengan yan..but, bila bukak je cite pasal PMR tahun depan...semua buat muka cuak! Haishh..takut sehh....huhuhu
apa-apa pun yang penting usaha tu ada..berdoa byk2 dan yang lain bertawakal je kpda Allah..

Kemas dewan ramai-ramai memang memenatkan but bila jadi macam "wonderpets"...apa yang penting kerjasama...kerja pun boleh sempurna..btul tak? kikikiki...smbil tu bole gelak2..hehehe




p/s yan tak de cite nak kongsi sbnarnya...ala ala kadar je..hehe..PEACE! ^_^

Kenapa mesti nak marah?


Marah..marah..marah! Tu jelah keje. Sifat pemarah sebenarnya berasal daripada sifat sombong (ego). Lagi besar ego dia, lagi besar pemarah orangnya. Kadang-kadang orang ego ini susah nak tengok orang lain pandai dari dia, hebat dari dia, senang dari dia dan bermacam2 lagi lah dia-nya. Biasalah manusia. Yan pun sama gak! Marah tak tentu pasal. Hehehe.





Tapi kawan, marah tu biarlah bertempat ye. Dan minta lah dijauhkan sebab sifat pemarah golongan syaitan. Korang nak jadi ke adik-beradik syaitan? Tak nak kan. Hehe..Istighfarlah berbanyak-banyak.

"(Termasuk kalangan orang yang bertaqwa ialah ) orang yang menafkahkan harta mereka semasa senang
dan susah, orang yang sabar menahan marah dan orang yang memaafkan kesalahan manusia. Dan Allah
menyukai orang yang berbuat baik. [ Ali Imran : 134 ]"


Jadi, hilangkanlah marah itu wahai sahabatku! ^_^ Antara caranya yang perlu kita hadapi:-


a) Mula-mula kita perlu malu dengan Allah s.w.t akan segala tindak-tanduk
kita. Allah memerhatikan segala perlakuan dan sikap biadab kita.

b) Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanyalah manusia yang
hina.

c) Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan
kita daripada sifat marah.

d) Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu mungkin akan membawa
kepada permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang anda marahi.

e) Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika kita sedang marah.
Ianya lebih buruk daripada perlakuan seekor binatang jikalau anda di dalam
keadaan yang marah.

f) Apabila datang marah, banyakkan baca Ta'awwuz ( A'uzubillahi minas
Syaitanirrajim ) kerana marah itu datangnya daripada syaitan.

g) Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhu kerana wudhu dapat
menenangkan api kemarahan yang sedang membara.

h) Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas, hendaklah
tidur. Kerana ianya akan meredakan perasaan marah apabila bangkit
daripada tidur

i) Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datangnya dari Allah dan
akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah


Orang yang marah2 kita ini sebenarnya nak membetulkan salah kita. Yelah, marah itu tandanya sayang. Tapi jangan nak memaki hamun, kesian orang yang kena marah itu. Kalau kita bersalah dalam satu hal, hendaklah kita membetulkan orang yang sedang marah itu agar dia menjauhkan sifat TERLALU marah itu sampai hantu pun takut nak dekat.


P/S Tegur dan bukannya marah. Tegurlah dengan lemah lembut dan kasih sayang.

Bolehkah Lelaki dan Perempuan bersahabat?

Islam tidak menyekat manusia untuk maju. Bermakna, islam juga tidak menyekat manusia bertindak atau melakukan perkara-perkara yang boleh menjadikan mereka maju. Antara cara manusia maju adalah dengan bekerja, terlibat dengan bisnes, mendekati masyarakat dan sebagainya.

Secara dasarnya, kedua-duanya lelaki dan wanita tidak disekat untuk memajukan diri mereka dalam apa-apa sahaja aspek yang mereka ceburi. Apabila manusia bergerak untuk maju, mereka akan bertemu di lapangan-lapangan tertentu. Seumpama di sekolah, kampus, kerja di pejabat mahupun turun memberi sumbangan kepada masyarakat.

Manusia yang bertemu ini, bukan hanya sesama jantina sebaliknya lelaki pasti akan bertemu wanita dan wanita pasti akan bertemu lelaki. Islam tidak menghalang perkara tersebut. Cuma, Islam menyalurkan manusia dengan etika yang betul.

Etika inilah yang akan menjadikan pergaulan serta perhubungan tadi selamat, bukan hanya di dunia bahkan hingga ke akhirat. Antara etika yang Islam tetapkan ialah menjaga pandangan. Apa yang penting, tersirat satu hikmah besar disebalik perintah Allah supaya lelaki jangan pandang wanita dan wanita jangan pandang lelaki.

Habis tu, lelaki kena jalan pandang bawah sajakah? Bukan. Menundukkan pandangan maksudnya jangan pandang tanpa ada keperluan untuk pandang. Jangan pandang dengan nafsu. Jangan pandang dengan keinginan tertentu. Jangan pandang tempat-tempat tertentu.

Apabila suka pandang, dari mata jatuhlah ke HATI. Salah. Dari mata jatuhlah ke NAFSU. Timbullah keinginan-keinginan tertentu. Akhirnya zina lah jawapannya. JANGAN!




Itu baru satu etika. Banyak lagi etika lain yang Islam wajibkan untuk dipatuhkan dalam pergaulan lelaki dan perempuan. Antaranya
  • Jangan berdua-duaan
  • Jangan bermain soal hati
  • Jangan letakkan diri dalam keadaan yang mengundang fitnah
  • Jangan terlalu rapat sehingga semua benda boleh open
  • Jangan bersubahat dalam perkara maksiat
  • Jangan bertepuk tampar, bersentuh-sentuhan, berpegangan tangan
  • Jangan bergaul dengan lain jantina, seperti bergaul sesama jantina
  • Dan banyak lagi 'jangan' yang lain


FAHAMI ISTILAH & BATAS
Fahamilah maksud 'kawan baik' dan 'kawan rapat'. Kawan baik sifatnya tidak terlalu rapat, hanya baik antara satu sama lain atau biasa saja. Namun, kawan rapat menampakkan keakraban dan mungkin juga kemesraan. Bak kata orang tua-tua, yang perempuan dengan lelaki susah untuk menjadi kawan rapat kerana pasti akan timbulnya sesuatu perasaan sama ada di sebelah pihak lelaki atau pihak perempuan.

Bersahabat mesti ada tujuan. Dan tujuan yang dibenarkan dalam Islam bukannya 'pasang niat lain'. Sebagaimana firman Allah : "Dan hendaklah kamu sekalian bertolong-tolong dalam perkara kebaikan dan ketakwaan, dan janganlah kamu sekalian bertolong-tolongan dalam perkara maksiat dan permusuhan." Atas nama sekalipun, jika bukan mahram, maka hukumnya tetap haram jika batasan pergaulan dilanggar. Justeru, selagi batas perhubungan sesama bukan mahram tidak dilanggar, maka persahabatan itu tidak salah.




p/s jdi, jgalah adab-adab pergaulan antara lelaki dan perempuan jangan sampai timbul pula perasaan lain.