Jual Komik Terpakai

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hehe

Selain daripada menulis blog, membaca novel, aku juga antara peminat otaku. Kalau korang selalu singgah sini, mungkin korang pernah terbaca entry aku pasal komik. - Novel grafik

Memandangkan aku jenis suka membaca komik, almari buku aku dah padat plus sarat dengan komik-komik aku itu. So, pada korang yang suka beli dan baca komik. Aku ada jual tau. Dengan harga murah dan mungkin boleh berunding lagi. 'Mungkin' hehe.

Komik terpakai ini, memang aku jaga dengan baik. Ceh! Walaupun ada yang sudah bertahun, tapi macam baru. Haha. Aku kalau beli komik mesti aku balut pakai pembalut buku. Kena jaga kualiti punya pasal. Nanti rosak.

Bawah ini, antara komik aku yang hendak dijual. :D





Demi membeli gaun idamannya yang dilihat ketika pulang dari sekolah, Hina memutuskan untuk bekerja sambilan di sebuah pustaka persendirian, "Pustaka Biru". Di sana dia bertemu majikannya, seorang yang juga otaku buku bernama Shimokomoriya. 'Cikgu' yang banyak karenah. 
Termasuk ini -Pilihan Sekolah Tahun 2 Kelas H

RM 5



Di sekolah Megumi terdapat dua orang bernama Hijiri. Satu adalah idola seluruh sekolah, si abang, Junichi Hijiri, dan satu lagi adalah adiknya yang sangat biasa-biasa, Junpei Hijiri. Megumi belajar di kelas yang sama dengan si biasa-biasa Junpei. Satu hari, secara kebetulan , mereka bertugas pada hari yang sama.
Termasuk ini - Ingin Memelukmu
  -Tolong
           -Rahsia Cikgu

RM 5



Syurga adalah syarikat. Tugas utusan pencabut nyawa ialah menghantar roh ke syurga tetapi sebahagian mereka tinggal bersama manusia. Uka, dari kelas C merupakan pelajar sekolah dan dia telah bertemu dengan Tsumugi dari kelas A.

RM 5




Si utusan maut, Uka telah menghantar roh Yoshikawa ke kayangan dan berusha memenuhi permintaan mereka sebelum nyawa mereka di ambil. Semakin lama, terbit satu perasaan di hati Uka mengenai Tsumugi.

RM 5



Chaya mentari terpancar lembut pada isi kedai; haruman aneka ban tersusun selari. Kerana dah lama idamkan untuk bekerja di kedai bakeri 'Saint Molly', Miko datang ke bandar Tokyo. Pemangku pengerus kedai, Natsu sebaya dengannya malah mereka tinggal di bangunan apartmen yang sama. Rasa cemburu Natsu kepada Miko, menyebabkan dia melarang Miko pergi ke tempat kerja.


RM 5


Hazuki adalah anak bongsu daripada empat beradik. Walaupun seorang lelaki, dia mahir dan cekap melakukan kerja-kerja rumah berbanding kakak-kakaknya. Pada suati hari, junior kakaknya bernam Mana datang ke rumah dan berlaku sedikit kekocohan! 
Termasuk ini -Hakikat Sebuah Sumpahan
                  -Pembaharuan Zaman Edo


RM 4


Setiap pembelian, postage berharga RM 6. Jadi, aku cadangkan korang beli 3 komik terus. Aku bagi harga RM 12 (exclude postage). Setelah ditolak, tambah, bahagi. Fuhh! Ini kira offer murah tau. hahahaha :D





Ada lagi. Cuma kita mula dengan ini dulu. Jadi, ada apa-apa, komen di sini ya. Berilah respon. TQ :D


p/s baru lepas ambil final exam. 








Susahnya !

Assalamualaikum dan selamat petang. Bulan ni bulan exam dan itu memang menakutkan. Erggr~ cikgu siap kata ada shuffle kelas. Mengeletar. Tadi ada exam biologi. Seriusly aku target biologi tinggi tapi bila tengok soalan macam apa je. Aku punya fikir banyak2 sampai tak sedar masa dah habis. Of course lah tertinggal. Hancus harapan lagu ni. Nak nangis je rasa. Ya allah, mohon terbaik dariMu. :-) Esok pula subjek fizik. Antara subjek peperiksaan yang susah di Malaysia. Aku ni kalau bab-bab yang guna ilmu hisab memang tak boleh. Aku jenis manusia yang suka menghafal dan teori. Dan bukannya menyelesaikan masalah. Takpe, kau boleh ppunya! Hehe. Motivate diri sendiri. Aku pernah dengar yang cara motivasi diri yang terbaik adalah dengan bercakap di depan cermin. Lebih baik sorang dirilah kan. Hehe :) Semoga aku berjaya :D Ceh, poyonya ayat. Harhar >_<

The Master's Sun

Assalamualaikum and hello!!!

This is the latest korean drama and it is my favorite!

The Master's Sun




Profile
  • Drama: Master's Sun
  • Revised romanization: Joogoonui Taeyang
  • Hangul: 주군의 태양
  • Director: Jin Hyeok
  • Writer: Hong Jung-EunHong Mi-Ran
  • Network: SBS
  • Episodes: 17
  • Language: Korean
  • Country: South Korea







Synopsis

Joo Joong Won (So Ji Sub) is a cold and ambitious CEO, who measures all human relationships through money. Tae Gong Shil (Gong Hyo Jin) is a sensitive assistant, who suffers from insomnia, due to her ability to see ghosts after an accident. Joong Won will learn to trust Gong Shil and falls in love with her.







              Seo In Guk     Gong Hyo Jin       So Ji Sub         Kim Yoo-Ri 
   as                     as                      as                    as
        Kang Woo       Tae Gong-sil     Joo Joong-won    Tae Yi-Ryung
        (sun)               (master)








Theme song for this drama by Hyorin (Sistar) - Crazy of You








Episode 1 part 1 - credit to Youtube..




p/s I wish you will enjoy for watch this horror but comedy plus romantic drama (THE MASTER'S SUN)