'si pencinta komik'

Asslamualaikum and good-good to all blogger,

hehe apa khabar? huhu harap-harap sihat ye. Maklumlah, sekarang ni cuaca tak menentu. Orang lain pun mudah demam.

okay-okay, entry Yan kali ni pasal koleksi sendiri. Korang pun mesti ada koleksi sendiri kan. So do I! hehehe. It is comic! hehehe ada yang jepun, taiwan, thailand and korea! tapi Yan lebih suka komik jepun! Lawak tu mesti ada dan pasal love story. auuwwww! hehe




ada challenge tak? hehhee



Bukan itu je, kakak Yan pun mengumpul novel bersama dengan Yan. Kami pun ada mengumpul komik bersiri gak. Seperti 'HOT GIMMICK'




apa macam? banyak tak? ke tak cukup lagi. hehehehe.



alang-alang mandi biar  basah, betul tak? hehehe kami pun pengumpul novel.



Ada novel dari terbitan, KakiNovel, Karya Seni, Buku Prima, SR Publication, Alaf21 dan lain-lain.!
Nak kata peminat tegar, tak lah juga. Cuma saje suka-suka baca mcm ni. Amalan membaca perlu dipupuk ye geng! hehehe =D




p/s pray for me for success in exam. please! may god bless you ^^'






Budak PMR!

Assalamualaikum and good-good for bloggers,

So far, blog Yan sekarang ini semakin aktif even jarang post-kan entry pada setiap masa. Nama pun "BUDAK PMR". bila sebut je pasal pmr, hati ni dup dap, dup dap, dup dap je sepanjang masa. Wahhh! It is very scare to me until I can't breath you know! haha.

Orait, nak share something. Hari nie ada assembly kat sekolah. Semuanya berjalan lancarr seperti biasa sehinggalah secara tetiba nama-nama pelajar form 3 dipanggil. Sorang-sorang nama dipanggil dan berdiri di hadapan. Pada mulanya Yan dah syak something sehinggalah nama Yan dipanggil ke hadapan juga.

Guess what? Nama-nama yang dipanggil itu merupakan calon-calon harapan sekolah untuk mendapatkan straight A atau senang cite 8A dalam PMR.

Ketar dah, kepala lutut ni huh! Semua tepuk tangan and sometimes will someone take pictures. Aiyyyooo larh. Dari gaya macam dah dapat result cemerlang untuk PMR je. Padahal jawab exam pun belum lagi. Memang main psikologi betul lah dorang nih. Kalau kita tak dapat 8A nanti, mau tak malu karang? haih, sebab kes mcm ni Yan mula nak belajar bersungguh-sungguh! Biar dapat straight A, dan dapat gembira kan smua pihak!

Yan bukan bangga tau sebab tercalon antara pelajar PMR 8A, bertambah kecut perut lagi ada lah! Hope I can do the best and will the hope or the wish comes true! Yan harap korang, doa-doakan lah kejayaan Yan dalam PMR ini. Semoga berjaya dan mendapat 8A dalam PMR. ~AMIN~


p/s sesungguhnya mendoakan kesejahteraan dan kejayaan antara satu sama lain adalah perkara membawa kebaikan. Pahala maaaa! hehehehe ^^'

Big Bang Konsert Alive di Malaysia! 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera blogger! huhu

     Terima kasih kerana singgah ke blog saya dan membaca enrty Yan. hehe ^^'. Okay entry Yan kali mengenai K-POP. Jika kamu-kamu semua peminat K-POP lagi-lagi Big Bang Korean Group memang untunglah singgah blog Yan. Yan pun gila gak dengan K-POP ini.

Korang tahu kan yang Big Bang akan mengegarkan Stadium Merdeka di Malaysia. hoho pada 27 October 2012! Sekaligus Malaysia merupakan negara kelima yang akan dilawati hitmaker Blue ni sempena konsert siri jelajah Asia ("Alive Tour 2012") mereka.


Kamu-kamu semua yang minat sangat kat Big Bang ini, cepat-cepatlah beli tiket tu. Sebab buat masa ini, tiket konsert ini adalah paling terlaris! Yan tak dapat pergi. Budak PMR lah katakan. Aiseh man.



Sebelum itu, kumpulan yang pernah dinobat sebagai Best Worldwide Act, anugerah Muzik Eropah 2011 ni dijadual akan singgah dahulu di Singapura (29 September), Thailand (6 & 7 Oktober), Indonesia (13 Oktober), Filipina (24 Oktober) serta dua lagi negara iaitu Taiwan dan destinasi terakhir Hong Kong (setakat artikel ni ditulis, belum ada tarikh untuk kedua-dua negara tesebut)


Status yang dimuatnaik ke dalam Facebook mengenai konsert mereka yang akan datang memang menarik perhatian! Mendapat komen melebihi 1000 dan Like melebihi 3000 wauhhh!


Huh! Yan suka sangat dengan Lagu terbaru Big Bang " Monster" (click it if you want to watch it MV with lyrics). Dorang punya maskot memang lawa beb! Rambut, malas nak crite. Memang gempak! hehe 'stop2, jangan obses sangat'. hehe

Gambar-gambar ahli group Big Bang untuk MV MONSTER!


 G-DRAGON!

 T.O.P

 SEUNGRI

 DAESUNG

 TAEYANG



Boomshakala, Boomshakala, Dan Dan Dan Dan Dance!


p/s kasi gempak lagi ini MALAYSIA! ^^'










Song Ji Hyo In Relationship with...?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera blogger ^^,

     Adakah korang semua nih peminat dan pengikut variety show korean terutamanya RUNNING MAN? hehe Kalau YA, mesti korang tahu kan artis perempuan tunggal yang menjadi peserta tetap 'Running Man' iaitu Song Ji Hyo. Yang menjadi 'Monday Couple' dengan Gary! hahaha tapi sekarang detik manis dorang berdua itu dah menjadi janggal selepas Song Ji hyo mempunyai teman lelaki.



Sebenarnya cerita ini sudah lama disiarkan di akhbar. Cuma Yan baru je nak post entry. ehem~

Teman Lelaki Song Ji Hyo a.k.a pakwe dia, merupakan seorang CEO Hiburan C-Jes, Baek Chang Ju. Hoho dasyat juga ye taste Ji Hyo, yang tinggi je. Haha dah kata jodoh nak buat macam mana. Hukum Karma lah katakan. ehe

Kenal tak rupa pakwe Ji Hyo mcam mana. Maybe tiga bawah ni kowt.



Hehehe. sebenarnya bukan, yang atas ini adalah artis-artis di bawah Syarikat Hiburan C-Jes. Teman Lelaki Ji Hyo atau Baek Chang Ju adalah di bawah ini.



Hubungan mereka berdua bermula pada Disember, 2011. Walaupun kita tengok kedua-duanya agak  sibuk dengan jadual yang padat namun mereka mempunyai masa untuk keluar bersama-sama. "sweet" kan?

Baek Chang Ju hantar Ji Hyo balik rumah dan bila Ji Hyo nak masuk kereta pun, Chang Ju tolong bukakan pintu. 

Apa yang Yan tahu, mereka berdua ini hubungan masih awal lagi, so, tak boleh lah cerita lebih-lebih pula sebab ianya berkaitan peribadi mereka. Apa-apa pun hope dorang bahagia! ^^'






p/s Alolololo kesian Gary! Stress. Stress. Stress ("~")  hahaha
















Lelaki soleh: kamulah gadis idamanku!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera!,

     Siapakah gadis idaman lelaki soleh? wanita adalah sebahagian keindahan dunia yang diciptakan Allah s.w.t. Namun wanita juga boleh menjadi penyebab kepada kerosakan dan kemusnahan di dunia ini. Allah menjadikan wanita untuk menghiasi dunia dan menjadi pasangan hidup kepada Kaum Adam. 

Terdapat ciri gadis solehah yang menjadi idaman lelaki soleh, antaranya:-

1. Berpegang teguh kepada agama.
~ gadis sebegini mempunyai peribadi yang unggul. Bukan cantik pada rupa paras malah pada akhlaknya. Sentiasa memelihara batas-batas syariat dalam pegangan agamanya. Kiranya ada pakej sungguhlah! Untung!

2. Tidak Pamerkan Keseksian
~ Sesetengah lelaki di luar sana, memang suka menjamu mata dengan melihat aurat wanita tetapi pada hakikatnya mereka tidak mahu menjadikannya isteri kerana melihat gadis seperti itu seolah-olah barang hiasan atau pameran untuk mata lelaki lain. Aurat wanita hanya boleh dipamerkan kepada suaminya sahaja.

3. Tidak Cerewet
~ PERHATIAN! Awas gadis, jauhkan sifat cerewet ini. Lelaki tidak suka kepada wanita yang cerewet. Terlalu mengkritik memang merimaskan. Jangan amalkan sikap ini kepada sesuatu yang anda tidak digemar tetapi berdiam adalah lebih baik.

4. Memahami lelaki
~ Lelaki mengimpikan seorang wanita yang dapat memahaminya tanpa perlu bersuara. Merasai suka dukanya. itulah yang mampu menghiburkan atau memberi kekuatan sebenar kepadanya.

5. Pandai Menjaga Kecantikan.
~ Wanita dengan kecantikan memang tidak dapat dipisahkan. Oleh itu, gadis diluar sana hendaklah bijak menjaga imej dan menjaga kecantikan malah kebersihan diri. Penampilan yang cantik dan bersih menunjukkan keperibadian diri.

6. Kecantikan Dalaman
~ Fitrah wanita djadikan lemah lembut, namun gadis ini mempunyai prinsipnya tersendiri. Dilihat lemah lembuy namun seorang yang tegas juga. Inilah kecantikan dalaman sebenar yang dicari oleh lelaki soleh.

7. Berakhlak Mulia
Seindah hiasan dunia adalah wanita solehah. Oleh itu, si gadis perlu mengamalkan sifat mulia sejak awal lagi agar sifat itu terbiasa di dalam diri. Gadis yang berakhlak mulia dilihat daripada baik tutur kata dan perlakuannya serta pandai membawa diri.

8. Manja 
Lelaki menggemari wanita yang manja atau bersifat sedikit kebudak-budakan. Ini kerana, lelaki suka untuk melindungi. Tetapi jangan sampai terlebih-lebih pula. Takut pula lelaki akan lihat anda seperti kurang matang.

9. Sejuk Mata Memandang
Gadis yang manis dan sejuk mata memandang akan mendamaikan perasaan dan hati seorang lelaki. Tidak perlulah sehingga menghias diri tetapi cukup bersifat sopan.


sekian~

p/s  sumber dari majalah DARA dan ditokok tambah sikit ye. hehe