Assalamualaikum and salam sejahtera,

Buat pengetahuan anda, sis tak ambil dah kos dip. teknologi makanan. Sekarang sis sudah masuk semester akhir untuk prog. Dip. Jurupulih perubatan pemulihan (anggota) atau nama lain dia Diploma Fisioterapi di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia, Sg. Buloh.

Ada yang tanya, kenapa berhenti ambil dip. Food Tech time sem 3?

Jawapan adalah, sis memang dah lama minat perubatan ni. Lagi-lagi fisioterapi . Apakah tugas mereka? Nanti sis cerita ya.

So, sebenarnya sis apply di laman web SPA selepas habis SPM. Mohon lah separa perubatan ini . Bila dipanggil temuduga, sis kena tunggu . Bila tunggu tu, sis dah nak masuk sem 3 Food Tech, barulah pihak BPL panggil masuk belajar untuk Kos Fisioterapi. Mencabar bhaiii.

Walaupun, hampir setahun pelajar di POLISAS, sis gagah kan diri juga pergi belajar kos fisioterapi. Sebab? sis memang minat.

Tu ja ceritanyaaa :D

Diploma Prog. Teknologi Makanan Part 2

Assalamualaikum dan slm sejahtera,

maaflah busy sejak2 ni. Baru ja balik bercuti dari Seoul, Korea. Mungkin akan jadi sis punya next post. InsyaAllah.

Hari tu banyak yang bertanya tentang kos Food Tech macam mana. Yang baru membaca ini, boleh rujuk previous entry saya mengenai Food Tech . Bagi yang ingin tahu apa yang korang akan belajar sekiranya menerima kos ini. Yang adik2 yang baru habis spm boleh lah tengok entry ini dan  before this.

So, yang dibawah ini merupakan senarai silibus yang diajar di 2 tempat Politeknik ; satu di Kuantan dan satu di Johor.

Semester 1:
Engineering math 1
Inorganic & physical chemistry
Fundamental of microbiology
Introduction of food science & technology
Pengajian malaysia
Communicative english 1
Occupational safety & health


Semester 2:
Organic chemistry
Food chemistry
Food microbiology
Unit operation in food processing
Concept of halal food
Sains teknologi dan kejuruteraan dalam islam


Semester 3:
Animal products technology
Plant process technology
Fats and oils technology
Communicative english 2
Food quality analysis


Semester 4:
Food packaging 
Sensory evaluation of food
Statistic for food science
Food product development
Project 1
Instrumentation in food analysis
Post-harvest technology/biochemistry/bakery


Semester 5:
Food safety
Fundamental of food engineering
Project 2
Entrepeneurship
Komunikasi dan penyiaran islam
Communicative english 3
Food biotechnology/nutrition/microbiology


Semester 6:
Internship


semoga anda faham yeah . :)

Program Diploma Teknologi Makanan



Aku ambil kos ini dekat Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) di  Kuantan . Kalau korang nak tahu, kos ini hanya ditawarkan di polisas ... poli lain takdaa .

Bila dengar je Food Tech mesti ada yang ingat kena masak-masak lah macam kulinari itu . Sebenarnya bukan ya . Ianya tidak melibatkan kerjaya chef di dapur. Kami mengkaji tentang nutrisi dalam makanan, belajar cara memproses makanan, jenis penyakit dan mikroganisma dalam makanan dan lain-lain .

Bidang teknologi makanan ini cukup luas sama ada disektor kerajaan atau swasta.

Yang aku tahu, kerjaya sebagai ahli teknologi makanan ;

Pakar makanan - nutrisi atau diet
Kementerian kesihatan
Kementerian pertanian
Industri Asas Tani
Mardi
Jakim
Kilang Industri makanan - Nestle, AyamMas,
Airport
Eksekutif jualan

dan banyak lagi . Korang jangan fikir yang bidang ini kerja kat lab, kilang, makmal je . Lulusan ini boleh ke media cetak dan elektronik atau sebagai perunding yang membantu industri / syarikat melaksanakan ISO/ HALAL, HACCP DAN GMP


Kalau mengikut politeknik - subjek bagi kos dip teknologi makanan yg aku ambil semasa ;

Semester 1;
Inorganic and physical chemistry
Fundamentals of microbiology
Introduction of Science and Technology

Semester 2 ;
Organic chemistry
Food microbiology
Unit operation in food processing
Concept of Halal food


Belajar kos ini memang susah kalau korang bukan pelajar sains tulen. Tapi insyaAllah kalau usaha betul-2 korang boleh buat . Macam classmate aku . Tiap sem dia dekan walhal dia tu pelajar akaun sewaktu SPM dulu . Hahaha















Lepas Keputusan Upu keluar ......?

Assalamualaikum .

Heheehehehehe (hanya mampu sengih)


Aku rasa aku tinggal blog ini nak dekat 2 tahun. Haha budak lupa diri betul . (^^)


Tetiba terasa nak buka blog and publish entry . Okayyyy . Hari keputusan  UA/Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA (e-Rayuan) bagi program pengajian lepasan SPM/setaraf Sesi 2016/2017 .


So, amacam batch '98 yang ambil spm , dapat tak? Kalau dapat tahniah, dan yang tak tu jangan kecewa sebab peluang korang sambung belajar ke ipt masih ada .


* Pastikan korang buat rayuan ye .

https://online.mohe.gov.my/upu/upuonline_rayuan/

* Atau pun, korang boleh meneruskan pengajian korang sebagai pelajar Form 6 . Ambil STPM . Pakai uniform sekolah? InsyaAllah tidak . Hehe setahu aku, pelajar tingkatan 6 sekarang ni dah boleh pakai baju biasa / kasual . Kat KL dah mula sistem gitu.


* Kalau tidak, aku cadangkan korang mohon SPA (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam). InsyaAllah lepas mohon, ada online peperiksaan dan seterusnya temuduga . Yang aku tahu, kalau korang berjaya, korang akan belajar sambil bekerja. Dapat elaun . :D


Nak tahu lebih lanjut boleh klik SINI .


GIATMARA? IKM/KKTM? Mementingkan latihan dan kemahiran . Minat? Korang boleh cuba, walaupun sijil tapi kalau usaha insyaAllah korang boleh sambung buat diploma lepas tu . Kena rajin ye. Fighting!


Institut Profesional Baitumal 

" Institut Profesional Baitulmal (IPB) mempelawa individu yang berminat untuk mengikuti pengajian di IPB bagi merealisasikan cita-cita anda..
PROGRAM USAHASAMA UiTM "

*Lastly, kolej swasta. Jujur aku cakap, aku tak sarankan . Hurm . Sebab yuran pengajiannya memang tinggi berbanding IPT lain. Tapi kalau korang nak  juga, tak salah mencuba . Mungkin kos yang mereka tawar menjadi dambaan korang selama ini. Hehehe Macam UniKL mereka ada tawarkan biasiswa Mara dengan mengikut syarat kelayakan . Maybe ada rezeki korang di situ .



Okay adik-adik (tua dah saya~~~) yang dah berjaya menyambung pelajaran tu, TAHNIAH ye . Ingat , hidup korang bukan macam pelajar sekolah-sekolah dahh . Korang kena maju sendiri kalau tak mahu ditinggal . Kena pandai berjimat cermat . Jangan lalai . Jangan ponteng kuliah . Dah takda istilah 'makan suap' . 


Sentiasalah berdoa pada Tuhan agar segala perjalanan korang dipermudahkan. Amin! Dan for other . Dah-dah tak mau putus asa . Terus mohon mana-mana tempat, kalau korang takut nak ambil 2nd intake . Please don't ! Cuba ambil peluang itu . 2nd intake tak bermakna korang loser , Tuhan bagi peluang pada korang untuk berjaya . Relax arhh ... student 2nd intake selalu menjadi perhatian senior-senior ipt . Hahahaha . gurau2 . 


Don't give up . Teruskan menimbang ilmu . Jangan lupa pada usaha-usaha korang dari tadika, sekolah rendah sampai sekolah menengah. Dan penat lelah mak ayah korang selama ni. Banyak solat, doa dan zikir . Buat kerja amal . 




p/s Next entry would be ::::: Aku Sebagai Student Politeknik . 












Countdown SPM

Assalamualaikum dan konnichiwa !

STOP!! sebelum tu sila tekan next lagu kat playlist bwah ini. Baru matching dengan cerita aku. Hehe Please. ^^

Mac sudah tiba. Dan bulan ini adalah mulanya perkataan 'perubahan' di dalam hidup aku.


Esok adalah hari yang ditunggu oleh semua calon SPM batch 97. Yupp. Aku lah di antaranya. Perasaan aku hari ini memang terabur. Risau, gementar, tak sedap, okay, excited, happy, nak nangis... semua ada.

Mana tak nya, pengumuman keputusan SPM pada hari esok bermula dari 10 pagi. Aku nak bersangka baik tapi sebahagian diri aku nihh takut sangat. Rasa macam jantung aku ni di tarik dalam-dalam. Dah tak ada perasaan kupu-kupu main dalam perut, cuma perasaan kecut je. :(




Aku harap semua yang terbaik.


Ya Allah , semoga segalanya dipermudahkan oleh Engkau. Jika kami ditakdirkan gagal di Loh Mahfuz, maka kau ubahlah ia kepada kejayaan buat kami. Amin~

Istighfar banyak-2 lah ye kawan. :) Solat jangan tinggal yang penting tambahkan lagi dengan solat sunat dan doa. Sebelum pergi ambil result, solat Dhuha la dulu :) . Minta ampun dekat mak abah. And dekat sesiapa pun. Bacalah ayat Kursi sepanjang perjalanan kita ke sekolah. InsyaAllah, Dia akan membantu kita. ^^ 





p/s Semoga Wan Afrina Izyan mendapat 11A dalam SPM ini. Amin! Barakallah. Semoga Allah memberkati kita semua. 





Movie Korea

Assalamualaikum dan Konbanwa!


Memandangkan waktu persekolahan aku sudah habis dan spm pun dah diambil... Aku banyak meluangkan masa di rumah berbanding di luar. Ada seketika itu, hampir 2 minggu aku tak jejak kaki ke luar pagar rumah aku. Dah macam Rapunzel gitu. Ahaks!  ^^

Kalau diberi peluang untuk bekerja, dah lama dah aku merasa gaji sendiri. Tapi papa tak kasi lahh. Hehe . I okay je :D

Jadi, berbalik daripada topik sebenar... Aku menghabiskan hari-hari aku ini kebanyakkan dengan menonton movie-movie. Terutamanya movie Korea. Kenapa aku memilih lebih kepada movie korea? Bukan sebab aku tergila-gila korea tuh..... tapi sebab filem Korea ada kualitinya. Dengan plot atau jalan ceritanya yang tak pernah klise, adegan mengejut yang tak pernah bosan dan baru aku sedar, cara shot-shot filem korea sangat cantik. Pelakon dia pun tak ada rasa janggal. Meleleh kalau tengok. Eceh. haha ~~ Tidak kurang juga filem melayu. Best juga! :)

Mungkin ada diantara korang yang sedang mencari movie-movie korea yang menarik. So, aku cadangkan yang ini! Tak rugi kalau mencuba.





BLIND // Beullandeu
Kim Ha Neul , Yoo SeungHo
Movie ini ada sedikit aksi dan misteri. Agak thriller sikit. Tapi bagi aku lah kan memang best!

 Karier Min Soo-Ah (Kim Ha Neul) sebagai polis musnah selepas dia buta akibat kemalangan jalan raya yang menyebabkan adiknya maut. Selepas accident , Min Soo-Ah yang hidup bersendirian kena stalker dengan lelaki misteri yang juga pembunuh series. Kwon Gi-Seob (Yoo SeungHo) pula adalah satu-satunya saksi yang bole menyelamatkan nyawa Min Soo-Ah. Pening daa? Tengok sendiri dekat youtube. Haha Best! 
Kalaiu korang pernah tengok drama I Miss You, mesti korang kenal Yoo SeungHo yang jadi Harry si caring tuhh. ^^




Mourning Grave // Sonyeogoedom
Kang Ha Neul , Kim So Eun , Kim Jung Tae
Filem seram dan menyayatkan hati. Ada unsur persahabatan dan cinta.

In-su ( Kang Ha Neul) boleh nampak hantu sejak kecil lagi. Selalunya hantu-hantu mesti minta tolong In-su itu ini. Kalau tak tolong, kena kacau seumur hidup. Jadi, nak elak benda gini In-su pun pura-pura tak nampak hantu. Satu hari, dia berpindah ke kampungnya semula dan bersekolah di situ. Tapi ada ghost girl (Kim So-Eun) ini selalu muncul depan In-su. Dia bukan nak minta tolong tapi dia......




Steal My Heart , Catch me // Kaechimi
Joo Won, Kim Ah-Joong
Romantik plus komedi. Kelakar woii. Haha korang patut tengok scene dorang gaduh. ^^

Lee Ho-tae (Joo Won) ialah polis yang mahir dalam tracking down suspek nih. Suatu hari, misi dia adalah menangkap suspek langgar lari ini. Tapi malangnya suspek Yoon Jin-sook (Kim Ah-joong) adalah first love dia sendiri. Jadi, taknak Jin-sook kena tangkap.. Ho-tae pi kurung Jin-sook dalam rumah dia sendiri. Pastu, yang betul2 buat Ho-tae terkejut ex-girlfriend dia ini rupa-rupa dikehendaki polis atas tuduhan mencuri tak sudah-sudahnya. 
Lawak! Aku sarankan korang tengok. Kelam kabut dia sorok awek dia tuh dari kena tangkap. Ahaha




SpellBound ; Chilling Romance // Ossakhan Yeonae
Lee Min Ki , Son Ye-jin
Horror + Romantic + Comedy film! Dah tayang kat tv9 baru-baru ini. And I like ^^

Cerita ini pasal magician Jo-goo (Lee Min Ki) yang perasan seorang perempuan yang tak senyum lagi sedih memanjang sewaktu Jo-goo buat street magic. Then dia ambik perempuan ituh Yeo-ri (Son Ye-jin) bekerja dengannya kerana bagi Jo-goo, Yeo-ri adalah satu inspirasi buatnya untuk mengadakan "Horror Magic Show". Dia amat mengalu-alukan kehadiran Yeo-ri tapi Yeo-ri jenis suka bersendirian dan tak bercampur dengan yang lain. Bagi Yeo-ri, dia akan membawa nasib buruk keapada sesiapa yang mendekatinya. Sebab Yeo-ri boleh nampak hantu.
Aku tengok movie ini banyak kali. Haha. Sebab dalam seramnya ada lawak. Huhu



:: Sorrylah ye, dengan penerangan aku yang tak berapa jelas tuh. Haha, Korang boleh search tajuk2 ini. Takpun tengok dulu trailer movie ini kat youtube. :) Ada lagi movie lain yang aku nak cadangkan korang. Macam :-

~Monster (Thriller)
~Death Bell 1 & 2 (Horror)
~Commitment (Thriller / Love)
~The Thieves (Action)
~100 Days with Mr.Arrogant (Romance Comedy)
~Miracle in Cell No.7 (Love)
~Horror Stories (Horror)




p/s Sila komen kalau ada movie yang best lagi. Tak kisah genre apa, bahasa apa ke... hehe




Aku, SPM dan UPU

Assalamualaikum and Konbanwa !

Berhabuk sudah blog kitew *ayat klise* (^O^)

Pejam celik pejam celik.........dah nak keluar dah result spm. Perasaan aku? Macam terjun sungai tak nak timbul. Macam makan nasi guna straw. Macam pergi kedai tapi tutup. Macam..... Berapa banyak macam daa . Ehehe :D

Keputusan SPM yang akan diumumkan pada 3 Mac 2015 pada jam 10 pagi di lokasi sekolah masing-masing sudah tentu kasi kecut perut pelajar SPM batch 97 ini lagi-lagi student kiut miut macam aku . Alahai~ *masuk bakul angkat sendiri* . Aku baru je isi borang upu tadi. Tak confident. Tu yang pasti . Nanti, bila result dah keluar .. sila kemaskini balik ye . Biar bersesuaian kos yang kita minta itu dengan grade spm kita . Mohon yang terbaik lah ye chinguya~~ So, bila nak buat pilihan, semuanya mudah . Amin! InsyaAllah :)

Masa isi borang tadi, akak aku cadangkan pilihan pertama dan kedua mesti asasi . Sebab asasi belajar 2 tahun sahaja dan terus boleh sambung degree. Kalau diploma , atleast 3-4 tahun kau belajar .. dan baru boleh sambung degree. Tapi ingat, result bagus..senang nak ambil asasi. InsyaAllah.  Contoh asasi : Asasi Sains, UMS . Asasi Undang-undang, UITM . Asasi Sains Hayat, UM . kalau korang ada bahasa arab boleh pilih tahmidi, USIM dll...

Ada orang pernah tanya apa beza Asasi Sains Hayat dengan Asasi Sains Fizikal ?
Biar saya beri penerangan yang tak seberapa terang ini ....

Asasi Sains Hayat :

Syaratnya mesti hebat biologi, kimia, mathematics dan add-math . Asasi ini lebih cenderung kepada bidang kedoktoran, perubatan, pergigian dll.

Asasi Sains Fizikal :

Syaratnya mesti gempak fizik, kimia, mathematics dan add-math . Asasi ini lebih cenderung kepada bidang kejuruteraan.

:: Maaf jika silap. Hehe. So, kalau korang nak tahu lebih lanjut sila tekan butang carian . huhu~~


Kalau boleh, sila mohon politeknik sekali. Nanti ada butang ya atau tidak untuk mohon politeknik dan bla..bla..bla~~ . Tekan lah ya. Politeknik yang hanya ada diploma pun bagus. Syarat kemasukan politeknik lebih ringan berbanding universiti. Kerana kebanyakan kos dalam politeknik memerlukan :

// lulus bahasa melayu
// lulus bahasa inggeris
// lulus sejarah

kepujian dalam matematik atau matematik tambahan dan salah satu matapelajaran (eg : sains)


Aku punya risau lah takut tak dapat U , pergi politeknik pun best ! Matriks? Aku mohon gak. Tapi tang belajar express plus laju tu lah aku nak elak. Matriks kan setahun je. Kalau kau jenis pick up cepat tak apalah juga, kalau macam aku yang kiut miut ini ... mau kena tinggal. InsyaAllah. Hanya Dia sahaja yang tahu segala-galanya. Kita sebagai manusia hanya mampu merancang, dan Dia yang menentukan .




p/s love peace . Result minggu depan. Siap sedia 97 ! Chaiyyok ! Semoga kita semua dapat keputusan cemerlang . Amin ~ :)





SPM

Assalamualaikum dan petang semua!

Ya Allah, kusut masai betul blog aku ni. Spm punya pasal...semua benda aku tinggal belakang. Aku minta maaf kalau tersilap plus terlambat dalam segala hal. Memang sibukk giler. Lepas ini, mungkin boleh lepak. haha :D

Alhamdulillah spm sudah habis! Tinggal tunggu result je. Doakan Wan Afrina Izyan mendapat 11A dalam SPM . amin~~





p/s belum rasa nak merdeka rasanya .. 

It's Alright It's Love ost

Assalamualaikum and good evening <3 br="">
Siapa tahu D.O  EXO atau nama sebenarnya Do Kyungsoo? Angkat tangan! Hehehe




Yang ini?? Vokalis utama dari EXO


From left, Xiumin, Luhan, Kris, Suho, Lay, Baekhyun, Chen, Chanyeol, D.O, Tao, Kai and Sehun

EXO - Overdose~~


SBS melancarkan lagi drama romantik-comedie . It's Alright It's Love / It's Okay It's Love / Gwaenchanha, Sarangiya. Dan D.O antara 'main cast' nya sebagai Han Kang Woo . Dengar cerita ... drama tu best. Korang boleh lah tengok trailer cerita tu kat Youtube. Akan tayang pada 23 Julai 2014 ini sehingga tamatnya 16 episod drama tersebut. Yeppy!!

Selain itu, Lee Kwangsoo Runningman pun ada sekali, sebagai Park Soo Kwang. Ada juga Jo In Sung dan Gong Hyo Jin (That Master's Sun) sebagai Ji Hae Soo. 



Sung Do Il, Lee Kwangsoo, Gong Hyo Jin, Do Kyungsoo (EXO)



Main Cast :



Jo In Sung (That winter, the wind blows ost) as Jang Jae Yul
A popular mystery fiction novelist and radio DJ with obsessive–compulsive disorder



 Gong Hyo Jin (That Master's Sun ost) as Ji Hae Soo
A first-year fellow in the psychiatry department at a university hospital. She chose psychiatry as her field of specialty to avoid conducting surgeries and because she didn't want to work overtime at night.



 Lee Kwangsoo (Runningman show) as Park Soo Kwang
A patient with Tourette syndrome.



Sung Do Il ( Gap dong ost) as Jo Dong Min
Hae-soo's senior colleague at the hospital, who also happens to be her first love.



 Do Kyungsoo (D.O EXO - wolf mv) as Han Kang Woo
A high school student who's a big fan of Jang Jae-yeol's, and aspires to become a bestselling author like him someday to make his mother happy.



Synopsis

Jang Jae Yul (Jo In Sung) is a mystery writer and radio DJ. He suffers from a obsession. Ji Hae Soo (Gong Hyo Jin) is going through her first year fellowship in psychiatry at a University Hospital. She chose psychiatry because she doesn't want to perform surgeries. After she meets Jang Jae Yul, her life goes through big changes.


Btw, hari ini aku baru lepas tengok Press Conference drama ini - live streaming di youtube (sbs). In hangul lah beb T_T tak faham. Harharhar 








credit to : youtube, google



p/s Selamat berbuka puasa. huhuhu. Jom tengok!






Jom Ber-instagram :D

Assalamualaikum dan anyeonghaseyo 'eceh!' :)



Tahun ini, aku baru nak merasai instagram bagai gini. Hehehe Ada masa jom singgah. Dan kita main follow for follow. Bunyi macam budak-budak je? Well. Aku still little girl. Eleh~ Hahaha. :) Dan aku rajin meng-like gamabr-2 orang. Mungkin sebab tangan ini gatal kot? Huhuhu



@afreenaizyan


takdelah menarik mana pun. :) Cuma saja nak berkongsi. Aja aja fighting ! 



p/s Selamat iftar. Kawan <3 p="">



Macam mana ini?

Assalamualaikum dan Ramadan Kareem.

Alhamdulillah  . Dapatlah kita merasai puasa pada tahun ini. Moga Allah memberkati dan memanjangkan usia kita :)

Apa dah jadi dengan blog ini? Sejak-sejak ini, nak tukar background blog tak boleh. Awatnya? Lepas tu bila bukak tab 'Saat kita bersama' tu pun tak boleh. Masalah gila ni! Haishhh.. Sabar lah hati T_T




Aku tekan yang warna biru tu.





Tapi jadi macam ni pula. Awatnya?

Ada siapa-siapa tak yang boleh tolong? Mungkin aku tersalah setting ke ape? Aigooo. Tolong sangat ni!! >_<







p/s Apa-apa pun selamat berpuasa kepada semua umat Islam. Marilah kita bersama-sama mendoa agar kesejahteraan dikurnia Allah buat hambaNya. Amin~ :)













Malaysia Hari Ini - Suhu dan cuacanya. SEJUK

Assalamualaikum dan salam sejahtera. ^^

Korangg perasan tak, sejak-sejak ini suhu atau udara di Malaysia kian sejuk? Subhanallah, ada masanya sampai 21 darjah celcius tau. Jika di Cameron highland, suhu paling min ialah 12.

Bukan itu je, aku ada baca satu artikel ini "Perlis yang terletak di utara Semenanjung sekali lagi berdepan cuaca luar biasa."

Berlainan tahun lalu yang menyaksikan kepanasan melampau melanda Perlis, kini penduduk berdepan ‘musim dingin’ pada sebelah malam. Menurut laporan kaji cuaca, Perlis mungkin mengalami hari paling sejuk pada Sabtu ini (25 Januari) apabila Kangar dijangka mencatat suhu paling rendah 20 darjah celsiu


Credit to:
Read more: http://www.harianblogger.com/perlis-dijangka-akan-menjadi-tempat-paling-sejuk-di-malaysia/#ixzz2rDO4uNYt


Di Indonesia pula telah mulanya turun salji? Aku tak pasti kesahihannya sebab ini adalah berita yang disampaikan orang lain. Siap masuk tv lagi. Menurut pakar, musim telah mula beralih ketika ini terutamanya di bahagian Timur. Tidak mustahil Malaysia yang berada di garisan Khatulistiwa pula akan turunnya salji seperti mana akhbar mengenai Terengganu.Wallahualam~ 



Hanya Allah sahaja yang tahu. Semua yang berlaku ada hikmahnya.



Suhu maximum dan minimum pada kawasan-kawasan tertentu di Malaysia kini. 
sumber : google image.


Maaf jika ada kesilapan di sepanjang penulisan aku ini. Sebab aku pun manusia biasa yang sentiasa mempunyai kelemahan diri masing-2. Ini adalah sekadar perkongsian pendapat dan cerita yang aku tahu sahaja. Kalau korang ada pendapat lain, silalah kemukakannya. Ehehe :)





p/s Renung-renungkanlah dan selamat beramal. terima kasih ya. ^^







Belajar Bahasa Jepun - Intro

Assalamualaikum and good evening.

Ini adalah entry pertama mengenai pembelajaran bahasa jepun bahagian pengenalan diri. Kita digalakkan untuk belajar lebih kurang 3 bahasa. Demi kemajuan diri dan hidup kita akan datang (apa aku cakap ini. hehe).

Baru-baru ini aku terserempak dengan pelancong jepun. Minta bantuan lagi. Nak berborak tapi tak reti cakaplah. Lagipun mereka tidak berbahasa inggeris apatah lagi berbahasa melayu. Jadi, tak salah kalau kita memulakan komunikasi kita dengan mereka. Minat? Jom belajar.

DIRI

*Nama saya Melly / My name is Melly - Watashi no namae wa Melly desu.

*Umur saya 20 tahun / I am 20 years old. -  Watashi wa hatachi desu. 

*Orang Malaysia / Malaysian people -  Mareshia-jin desu 

* Awak - Anata


NOMBOR


1.Satu:Ichi
2.Dua:Ni
3.Tiga:San
4.Empat:Yon, Shi *
5.Lima:Go
6.Enam:Roku
7.Tujuh:Nana, Shichi *
8.Lapan:Hachi
9.Sembilan:Kyuu, Ku *
10.Sepuluh, ~ puluh:Juu

*Angka 4, 7 dan 9 memiliki dua cara baca. Untuk hitungan biasa, kita boleh guna yang berada di depan. Kata yang berada di belakang biasanya untuk kata-kata tertentu seperti Jam, Tanggal, Bulan dan sebagainya yang akan kita kata nanti.


WAKTU

* Selamat Pagi / good morning - Ohaiyo Gozaimasu

* Selamat Tengahari / good afternoon - Konnichiwa

* Selamat malam (petang) / good evening - Konbanwa

* Selamat tidur (malam) / good night - Oyasuminasai


PERCAKAPAN HARIAN

* Selamat berkenalan / hello - Hajimemashita

* Selamat jalan / goodbye - Itterasshai

* Terima kasih / thank you - Arigato gozaimasu 

* Saya pulang / I'm back - Tadaima

* Maaf / sorry - Sumimasen

* Sampai jumpa lagi / see you soon - Mata aimasho



huruf jepun. credit to pakcik google. ^^


Baiklah. Itu sahaja setakat ini. Sambung lain pula nanti. Selamat mencuba.


p/s cuti nak habis. aiyakk. hehehe


Shawl baru.

Assalamualaikum and good evening!

Habis blog aku yang mula naik sawang. haha sudah lama tak menaip untuk entry baru. Busy dengan menanam anggur di atas katil. Hahaha Insya-allah lepas ni, rajin. Amin~

Pagi tadi, aku dengan nenda tersayang shopping bersama. Dan nenda aka maktok belanja aku shawl. huhu kainnya nipis dan kalau nak pakai kena ada inner neck. But it's okay sebab pattern dia sangat menarik. Lovely.

Beli dekat Jalan Tar. Murah je, 2 helai RM 15. tu yang buat nenda beli 2 helai untuk aku. Satu gabungan warna kuning dan jingga. Dan lagi satu polkadot yang berwarna purple plain.



nampak tak yang tergantung di leher tu? That's the shawl. Comel bukan?



Aku pernah nampak satu gambar yang ada muslimah ini berpakaian style, dengan cardigan warna, t-shirt yang cantik dan berhijab. Yang aku pasti, pashimina mungkin, ada di letak di leher seperti gambar di atas. She's beautiful. Biar pun wajahnya aku tak nampak tapi gayanya cantik. 

So, credit to her because I just got an idea to create a new fashion. :)




p/s Cuti ! Pmr result tak lama lagi. Nasib kita dah lepas. hehe thanks for visited.





Kali pertama memanah ^...^

Assalamualaikum and good afternoon.

Isnin baru-baru ini, 4 Nov 2013. Aku dan kawan perempuan sekelas aku 'hang out' bersama nak tonton Highland Tower lah kononnya. Mentang2 cuti waktu tu. Huhu

Tapi, bila je sampai TS. Laa.. tiket wayang pukul 2 ptg sudah habis!!!. Cepatnya.. Yang ada pun cuma pukul 4 ptg. Aku memang tak sempat nak merasa - tengok cerita tu. Kawan2 yang lain sanggup stay back lama nak tengok.

Jadi, waktu kita orang arrived situ, jam baru je 12.30 tghari. Takkan nak balik terus? So,kami bercadang main boling di tingkat atas.




Lepas puas je baling, lontar, langgar pin boling.... Aku ternampak 'Stars Archery' di sebelah tempat boling. Huhu dulu memang teringin nak main di sini. Jadi, aku ajak member2 lain pergi situ. Daripada 5 orang yang datang. 2 orang je yang nak main archery tu. Aku dan Fiqa. Lagi ramai yang main, lagi murah. Sebab ada pakej. Kiranya kalau seorang RM 12 - 15 arrow. Kalau dua orang RM 21 - 30 arrow. Lebih berjimat.





Ku sangka kan mudah!!! Tapi susah wooo!. Bukan main ketat busur tu. Tangan yang korang guna untuk tarik arrow tu kena angkat tinggi. Tangan yang pegang busur tu pula kena lurus! Baru boleh memanah. Kalau korang right handed, mata yang korang guna ialah mata kanan. Yang kiri kena tutup. Baru boleh shoot tepat. Kononnya! Haha.


Gambar contoh yang aku ambil dari Google. Hehe 
Kredit ye!


Bagi beginner, ada seorang coach akan tolong. Hohoho Macam hari tu, yang aku pergi, pelatih di situ, gelak je memanjang...bila aku tarik arrow archery. "Control sikit muka tu."  Tu je ayat dia. Hahaha. Ingat senang nak tarik benda tu. Memang dengan muka-muka aku ditarik sekali. hoho


Jadi, kalau nak cuba.. Pergi dekat sini je Berjaya Times Square. Dekat bagi mereka yang duduk di KL. hehe Server mereka pun bagus.

kalau tidak, Sunway Pyramid pun ada. :D



p/s Good luck batch 96's for ur SPM. ^^'













Jual Komik Terpakai

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hehe

Selain daripada menulis blog, membaca novel, aku juga antara peminat otaku. Kalau korang selalu singgah sini, mungkin korang pernah terbaca entry aku pasal komik. - Novel grafik

Memandangkan aku jenis suka membaca komik, almari buku aku dah padat plus sarat dengan komik-komik aku itu. So, pada korang yang suka beli dan baca komik. Aku ada jual tau. Dengan harga murah dan mungkin boleh berunding lagi. 'Mungkin' hehe.

Komik terpakai ini, memang aku jaga dengan baik. Ceh! Walaupun ada yang sudah bertahun, tapi macam baru. Haha. Aku kalau beli komik mesti aku balut pakai pembalut buku. Kena jaga kualiti punya pasal. Nanti rosak.

Bawah ini, antara komik aku yang hendak dijual. :D





Demi membeli gaun idamannya yang dilihat ketika pulang dari sekolah, Hina memutuskan untuk bekerja sambilan di sebuah pustaka persendirian, "Pustaka Biru". Di sana dia bertemu majikannya, seorang yang juga otaku buku bernama Shimokomoriya. 'Cikgu' yang banyak karenah. 
Termasuk ini -Pilihan Sekolah Tahun 2 Kelas H

RM 5



Di sekolah Megumi terdapat dua orang bernama Hijiri. Satu adalah idola seluruh sekolah, si abang, Junichi Hijiri, dan satu lagi adalah adiknya yang sangat biasa-biasa, Junpei Hijiri. Megumi belajar di kelas yang sama dengan si biasa-biasa Junpei. Satu hari, secara kebetulan , mereka bertugas pada hari yang sama.
Termasuk ini - Ingin Memelukmu
  -Tolong
           -Rahsia Cikgu

RM 5



Syurga adalah syarikat. Tugas utusan pencabut nyawa ialah menghantar roh ke syurga tetapi sebahagian mereka tinggal bersama manusia. Uka, dari kelas C merupakan pelajar sekolah dan dia telah bertemu dengan Tsumugi dari kelas A.

RM 5




Si utusan maut, Uka telah menghantar roh Yoshikawa ke kayangan dan berusha memenuhi permintaan mereka sebelum nyawa mereka di ambil. Semakin lama, terbit satu perasaan di hati Uka mengenai Tsumugi.

RM 5



Chaya mentari terpancar lembut pada isi kedai; haruman aneka ban tersusun selari. Kerana dah lama idamkan untuk bekerja di kedai bakeri 'Saint Molly', Miko datang ke bandar Tokyo. Pemangku pengerus kedai, Natsu sebaya dengannya malah mereka tinggal di bangunan apartmen yang sama. Rasa cemburu Natsu kepada Miko, menyebabkan dia melarang Miko pergi ke tempat kerja.


RM 5


Hazuki adalah anak bongsu daripada empat beradik. Walaupun seorang lelaki, dia mahir dan cekap melakukan kerja-kerja rumah berbanding kakak-kakaknya. Pada suati hari, junior kakaknya bernam Mana datang ke rumah dan berlaku sedikit kekocohan! 
Termasuk ini -Hakikat Sebuah Sumpahan
                  -Pembaharuan Zaman Edo


RM 4


Setiap pembelian, postage berharga RM 6. Jadi, aku cadangkan korang beli 3 komik terus. Aku bagi harga RM 12 (exclude postage). Setelah ditolak, tambah, bahagi. Fuhh! Ini kira offer murah tau. hahahaha :D





Ada lagi. Cuma kita mula dengan ini dulu. Jadi, ada apa-apa, komen di sini ya. Berilah respon. TQ :D


p/s baru lepas ambil final exam. 








Susahnya !

Assalamualaikum dan selamat petang. Bulan ni bulan exam dan itu memang menakutkan. Erggr~ cikgu siap kata ada shuffle kelas. Mengeletar. Tadi ada exam biologi. Seriusly aku target biologi tinggi tapi bila tengok soalan macam apa je. Aku punya fikir banyak2 sampai tak sedar masa dah habis. Of course lah tertinggal. Hancus harapan lagu ni. Nak nangis je rasa. Ya allah, mohon terbaik dariMu. :-) Esok pula subjek fizik. Antara subjek peperiksaan yang susah di Malaysia. Aku ni kalau bab-bab yang guna ilmu hisab memang tak boleh. Aku jenis manusia yang suka menghafal dan teori. Dan bukannya menyelesaikan masalah. Takpe, kau boleh ppunya! Hehe. Motivate diri sendiri. Aku pernah dengar yang cara motivasi diri yang terbaik adalah dengan bercakap di depan cermin. Lebih baik sorang dirilah kan. Hehe :) Semoga aku berjaya :D Ceh, poyonya ayat. Harhar >_<

The Master's Sun

Assalamualaikum and hello!!!

This is the latest korean drama and it is my favorite!

The Master's Sun




Profile
  • Drama: Master's Sun
  • Revised romanization: Joogoonui Taeyang
  • Hangul: 주군의 태양
  • Director: Jin Hyeok
  • Writer: Hong Jung-EunHong Mi-Ran
  • Network: SBS
  • Episodes: 17
  • Language: Korean
  • Country: South Korea







Synopsis

Joo Joong Won (So Ji Sub) is a cold and ambitious CEO, who measures all human relationships through money. Tae Gong Shil (Gong Hyo Jin) is a sensitive assistant, who suffers from insomnia, due to her ability to see ghosts after an accident. Joong Won will learn to trust Gong Shil and falls in love with her.







              Seo In Guk     Gong Hyo Jin       So Ji Sub         Kim Yoo-Ri 
   as                     as                      as                    as
        Kang Woo       Tae Gong-sil     Joo Joong-won    Tae Yi-Ryung
        (sun)               (master)








Theme song for this drama by Hyorin (Sistar) - Crazy of You








Episode 1 part 1 - credit to Youtube..




p/s I wish you will enjoy for watch this horror but comedy plus romantic drama (THE MASTER'S SUN)