Aku, SPM dan UPU

Assalamualaikum and Konbanwa !

Berhabuk sudah blog kitew *ayat klise* (^O^)

Pejam celik pejam celik.........dah nak keluar dah result spm. Perasaan aku? Macam terjun sungai tak nak timbul. Macam makan nasi guna straw. Macam pergi kedai tapi tutup. Macam..... Berapa banyak macam daa . Ehehe :D

Keputusan SPM yang akan diumumkan pada 3 Mac 2015 pada jam 10 pagi di lokasi sekolah masing-masing sudah tentu kasi kecut perut pelajar SPM batch 97 ini lagi-lagi student kiut miut macam aku . Alahai~ *masuk bakul angkat sendiri* . Aku baru je isi borang upu tadi. Tak confident. Tu yang pasti . Nanti, bila result dah keluar .. sila kemaskini balik ye . Biar bersesuaian kos yang kita minta itu dengan grade spm kita . Mohon yang terbaik lah ye chinguya~~ So, bila nak buat pilihan, semuanya mudah . Amin! InsyaAllah :)

Masa isi borang tadi, akak aku cadangkan pilihan pertama dan kedua mesti asasi . Sebab asasi belajar 2 tahun sahaja dan terus boleh sambung degree. Kalau diploma , atleast 3-4 tahun kau belajar .. dan baru boleh sambung degree. Tapi ingat, result bagus..senang nak ambil asasi. InsyaAllah.  Contoh asasi : Asasi Sains, UMS . Asasi Undang-undang, UITM . Asasi Sains Hayat, UM . kalau korang ada bahasa arab boleh pilih tahmidi, USIM dll...

Ada orang pernah tanya apa beza Asasi Sains Hayat dengan Asasi Sains Fizikal ?
Biar saya beri penerangan yang tak seberapa terang ini ....

Asasi Sains Hayat :

Syaratnya mesti hebat biologi, kimia, mathematics dan add-math . Asasi ini lebih cenderung kepada bidang kedoktoran, perubatan, pergigian dll.

Asasi Sains Fizikal :

Syaratnya mesti gempak fizik, kimia, mathematics dan add-math . Asasi ini lebih cenderung kepada bidang kejuruteraan.

:: Maaf jika silap. Hehe. So, kalau korang nak tahu lebih lanjut sila tekan butang carian . huhu~~


Kalau boleh, sila mohon politeknik sekali. Nanti ada butang ya atau tidak untuk mohon politeknik dan bla..bla..bla~~ . Tekan lah ya. Politeknik yang hanya ada diploma pun bagus. Syarat kemasukan politeknik lebih ringan berbanding universiti. Kerana kebanyakan kos dalam politeknik memerlukan :

// lulus bahasa melayu
// lulus bahasa inggeris
// lulus sejarah

kepujian dalam matematik atau matematik tambahan dan salah satu matapelajaran (eg : sains)


Aku punya risau lah takut tak dapat U , pergi politeknik pun best ! Matriks? Aku mohon gak. Tapi tang belajar express plus laju tu lah aku nak elak. Matriks kan setahun je. Kalau kau jenis pick up cepat tak apalah juga, kalau macam aku yang kiut miut ini ... mau kena tinggal. InsyaAllah. Hanya Dia sahaja yang tahu segala-galanya. Kita sebagai manusia hanya mampu merancang, dan Dia yang menentukan .




p/s love peace . Result minggu depan. Siap sedia 97 ! Chaiyyok ! Semoga kita semua dapat keputusan cemerlang . Amin ~ :)





No comments:

Post a Comment