Assalamualaikum dan Konbanwa!
Memandangkan waktu persekolahan aku sudah habis dan spm pun dah diambil... Aku banyak meluangkan masa di rumah berbanding di luar. Ada seketika itu, hampir 2 minggu aku tak jejak kaki ke luar pagar rumah aku. Dah macam Rapunzel gitu. Ahaks! ^^
Kalau diberi peluang untuk bekerja, dah lama dah aku merasa gaji sendiri. Tapi papa tak kasi lahh. Hehe . I okay je :D
Jadi, berbalik daripada topik sebenar... Aku menghabiskan hari-hari aku ini kebanyakkan dengan menonton movie-movie. Terutamanya movie Korea. Kenapa aku memilih lebih kepada movie korea? Bukan sebab aku tergila-gila korea tuh..... tapi sebab filem Korea ada kualitinya. Dengan plot atau jalan ceritanya yang tak pernah klise, adegan mengejut yang tak pernah bosan dan baru aku sedar, cara shot-shot filem korea sangat cantik. Pelakon dia pun tak ada rasa janggal. Meleleh kalau tengok. Eceh. haha ~~ Tidak kurang juga filem melayu. Best juga! :)
Mungkin ada diantara korang yang sedang mencari movie-movie korea yang menarik. So, aku cadangkan yang ini! Tak rugi kalau mencuba.

BLIND // Beullandeu
Kim Ha Neul , Yoo SeungHo
Movie ini ada sedikit aksi dan misteri. Agak thriller sikit. Tapi bagi aku lah kan memang best!
Karier Min Soo-Ah (Kim Ha Neul) sebagai polis musnah selepas dia buta akibat kemalangan jalan raya yang menyebabkan adiknya maut. Selepas accident , Min Soo-Ah yang hidup bersendirian kena stalker dengan lelaki misteri yang juga pembunuh series. Kwon Gi-Seob (Yoo SeungHo) pula adalah satu-satunya saksi yang bole menyelamatkan nyawa Min Soo-Ah. Pening daa? Tengok sendiri dekat youtube. Haha Best!
Kalaiu korang pernah tengok drama I Miss You, mesti korang kenal Yoo SeungHo yang jadi Harry si caring tuhh. ^^
Mourning Grave // Sonyeogoedom
Kang Ha Neul , Kim So Eun , Kim Jung Tae
Filem seram dan menyayatkan hati. Ada unsur persahabatan dan cinta.
In-su ( Kang Ha Neul) boleh nampak hantu sejak kecil lagi. Selalunya hantu-hantu mesti minta tolong In-su itu ini. Kalau tak tolong, kena kacau seumur hidup. Jadi, nak elak benda gini In-su pun pura-pura tak nampak hantu. Satu hari, dia berpindah ke kampungnya semula dan bersekolah di situ. Tapi ada ghost girl (Kim So-Eun) ini selalu muncul depan In-su. Dia bukan nak minta tolong tapi dia......
Steal My Heart , Catch me // Kaechimi
Joo Won, Kim Ah-Joong
Romantik plus komedi. Kelakar woii. Haha korang patut tengok scene dorang gaduh. ^^
Lee Ho-tae (Joo Won) ialah polis yang mahir dalam tracking down suspek nih. Suatu hari, misi dia adalah menangkap suspek langgar lari ini. Tapi malangnya suspek Yoon Jin-sook (Kim Ah-joong) adalah first love dia sendiri. Jadi, taknak Jin-sook kena tangkap.. Ho-tae pi kurung Jin-sook dalam rumah dia sendiri. Pastu, yang betul2 buat Ho-tae terkejut ex-girlfriend dia ini rupa-rupa dikehendaki polis atas tuduhan mencuri tak sudah-sudahnya.
Lawak! Aku sarankan korang tengok. Kelam kabut dia sorok awek dia tuh dari kena tangkap. Ahaha
SpellBound ; Chilling Romance // Ossakhan Yeonae
Lee Min Ki , Son Ye-jin
Horror + Romantic + Comedy film! Dah tayang kat tv9 baru-baru ini. And I like ^^
Cerita ini pasal magician Jo-goo (Lee Min Ki) yang perasan seorang perempuan yang tak senyum lagi sedih memanjang sewaktu Jo-goo buat street magic. Then dia ambik perempuan ituh Yeo-ri (Son Ye-jin) bekerja dengannya kerana bagi Jo-goo, Yeo-ri adalah satu inspirasi buatnya untuk mengadakan "Horror Magic Show". Dia amat mengalu-alukan kehadiran Yeo-ri tapi Yeo-ri jenis suka bersendirian dan tak bercampur dengan yang lain. Bagi Yeo-ri, dia akan membawa nasib buruk keapada sesiapa yang mendekatinya. Sebab Yeo-ri boleh nampak hantu.
Aku tengok movie ini banyak kali. Haha. Sebab dalam seramnya ada lawak. Huhu
:: Sorrylah ye, dengan penerangan aku yang tak berapa jelas tuh. Haha, Korang boleh search tajuk2 ini. Takpun tengok dulu trailer movie ini kat youtube. :) Ada lagi movie lain yang aku nak cadangkan korang. Macam :-
~Monster (Thriller)
~Death Bell 1 & 2 (Horror)
~Commitment (Thriller / Love)
~The Thieves (Action)
~100 Days with Mr.Arrogant (Romance Comedy)
~Miracle in Cell No.7 (Love)
~Horror Stories (Horror)
p/s Sila komen kalau ada movie yang best lagi. Tak kisah genre apa, bahasa apa ke... hehe
No comments:
Post a Comment