Why do people lie?

Assalamualaikum dan salam semua. 

Topik kali ni lain sikit. hehe lain ke? Okay Yan nak berkongsi cerita kenapa manusia menipu? haih~ sepanjang hidup korang, korang pernah menipu tak? haha mestilah kan. 'nampak tak tu? korang cuba menipu eh. haha'

Menipu ni macam-macam gaya tau dan macam-macam sebab. Dan ada sesetengah kata bohong sunat. Tahu apa itu bohong sunat? Bohong ke arah kebaikan. Ada eh? hoho 

Contoh situasi 'why do people lie?'

1- Ros dan Hanna adalah kawan baik. Ketawa bersama, menangis pun bersama. (haha macam lirik lagu teman pengganti je). Tapi suatu hari, macam biasa dorang akan mengulangkaji bersama-sama. Sehinggalah Hanna dapat satu 'sms' daripada kawan sekelas mereka. Bukan main terkejut si Hanna, kemudian dia memandang sayu je dekat Ros.

Hanna: Kenapalah kau tak nak cerita? *dalam hati*
Ros    : Eh,asal pandang aku macam tu?
Hanna: Tak de pape. Kau ada apa-apa ke nak cerita?
Ros    : Huh! mana ada. Muka aku nampak macam nak cerita something eh?
Hanna: Haih~ (mengeluh) Sampai bila kau nak tipu ni? *dalam hati*  Ayah kau sihat?
Ros    : Hurm? (muka terkejut tapi menjadi keruh)
Hanna: Kenapa kau tak nak cerita? Kenapa kau tak cakap yang ayah kau meninggal? Dah seminggu tahu tak? Kau cuba nak tipu aku ke apa? ><"
Ros    : Aku tak nak siapa-siapa tahu. T_T
Hanna: Termasuk aku? 
Ros    : Maafkan aku weh. Aku tak nak orang lain bersimpati atau kesian dekat aku sebab kematian ayah aku. Aku tak suka semua tu seolah-olah aku takde sesiapa dah dalam dunia ni.
Hanna: Habis dengan cara macam ni lah? Eh,dah lah! Jangan menangis buruk tau tak?
Ros    : Haha, kau ni. :')

:: Kalau korang dalam situasi macam ni menjadi Hanna. Apa yang korang rasa? Rasa tertipu dengan kawan sendiri yang tidak mahu berkongsi masalah. Atau korang letakkan diri korang dekat Ros. Kenapa dia menipu. ^^" Lumrah hidup manusia kan.  


Kita hidup ada sebab. Dan hidup itu memanglah sukar. Sentiasa diuji Yang Maha Pencipta. Untuk mengetahui kesabaran diri kita. 

Bak kata pepatah: Don't judge book by its cover. ^_^




No comments:

Post a Comment