Mereka yang paling saya sayang

Assalamualaikum dan salam semua.

*cough*.. ^_^ haichooom! hehe. Ambil feel dulu. Actually entry kali ini, about my personal life. Saje nak kongsi  kat korang. Lagi pun ada contest Giveaway by Kak Aida comel! hehehe Agak-agak, korang suka tak? ngee~

Pernah dapat tak surat cinta? Message cinta ke? e-mail cinta ke? hahaha Mestilah sesetengah daripada korang pernah kan? hehe Saya pun pernah dapat. Tapi kali ini, surat cinta yang saya dapat tu jauh berbeza sekali. Sukar untuk difahami. Bukan kerana ayatnya tunggang-langgang ke apa. Tapi kerana bahasa yang digunakan. Insya-allah ada sahaja antara korang boleh membacanya. Jangan jemu membacanya oleh kerana surat cinta ini memang panjang lebar ceritanya. hehe Jangan pandang dengan mata kasar sebab kita tidak dapat mengerti maknanya tapi pandanglah melalui mata hati. ngee~ ^^'

"Al-Quran" itulah surat cinta yang diberi oleh orang yang paling saya sayang. Ayat-ayat yang paling indah sekali. Bermula dari Surah Al-Fatihah dan berakhir dengan Surah An-Naas.


gambar hiasan : al-quran



Al-Quran ialah kalam Allah yang bermukjizat diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril dalam bahasa Arab. Surat Cinta daripada Allah untuk hamba-hambanya. :')

Itulah yang cuba disampaikan oleh orang yang saya sayang. Dibawanya cinta dia bersama cinta Allah swt. Cinta kerana Allah taala. :)  Bukankah indah namanya. Insya-allah, saya sentiasa berdoa agar diri saya bersama dengan dia halal disisi Allah kelak. -amin-

Inilah kali pertama saya menerima hadiah yang begitu mengkagumkan daripada seseorang di kalangan kaum adam. Dia sentiasa menganggap dirinya terlalu berbeda daripada saya. Mungkin kerana, saya berada di tangga tertinggi dan dia berada di bawah sekali. Namun, bagi saya dia lah yang berada teratas sekali berbanding ajnabi lelaki lain. 

Saya juga berharap, saya lah yang memiliki tulang rusuknya. "Bukan di bawah kaki untuk dialasi, bukan di atas kepala untuk disanjungi tapi dekat di hati untuk disayangi". Itulah kaum hawa. ^^'

Dia lah yang paling funny dan dia jugak lah orang yang pandai bagi nasihat. Simpan baik-baik al-quran tu, letak tempat tinggi, balut elok-elok, baca lah selalu. Macam-macam dia kata. Membebel macam perempuan lah awak. hahaha :D Namun, sebahagian hati saya mungkin masih belum menerimanya sepenuhnya. Ialah, kami (kaum hawa) akan terasa gembira yang amat jika anda (kaum adam) melafazkan "saya terima nikahnya....". Ayat itulah yang saya tunggu. Walaupun perjalanan masih jauh tapi kita boleh berdoa kepada Allah agar berikanlah jodoh yang terbaik. 


gambar hiasan



Selain ibu bapa, keluarga, dia lah yang saya sayangi namun hanya disebalik cermin berkaca. Ingin menyentuh tidak dapat. Ingin mendengar suaranya tetapi sukar. Ingin melihatnya namun dari jauh sahaja. Itulah saya & dia. Masih ada batas lagi. Kami masih ingat siapa kami dan minta jauh lah daripada perkara yang tidak baik.  

Al-Quran yang diberi oleh dia merupakan Al-quran yang paling disayanginya. Adakah saya telah mengambil sesuatu yang terlalu nilai daripadanya? Namun, disebalik jawapan yang dia katakan dia hanya mahu berkongsi sebahagian hidupnya kepada saya. Memberi sesuatu yang nilai yang paling dia sayang kepada saya agar saya dapat menyayangi pemberiannya dan mencurah segala kasih sayang yang tidak dapat saya sampaikan kepadanya lagi. Oleh kerana hubungan kami yang masih ada batas. Faham?

haha. Saya ingat lagi. Kami bertemu dan bergaduh sana sini.  Dan kawan-kawan lah salah satu puncanya. Saya sayang kawan-kawan saya. Nak sebut nama tak? tak nak lah nanti dorang malu. kikikiki yeke? Dorang kalau sekali mengusik, kedebak kedebuk belasah saya. haha funny2! 

Itu saje lah. Tak nak lebih-lebih. ngee~ n_n




p/s okay tak? agak-agak kak aida suka? yang baca ni pun, suka tak? ni lah kisah antara saya dan dia dan mereka yang lain. fufufu~ TERIMA KASIH











No comments:

Post a Comment