Kenapa mesti nak marah?
Marah..marah..marah! Tu jelah keje. Sifat pemarah sebenarnya berasal daripada sifat sombong (ego). Lagi besar ego dia, lagi besar pemarah orangnya. Kadang-kadang orang ego ini susah nak tengok orang lain pandai dari dia, hebat dari dia, senang dari dia dan bermacam2 lagi lah dia-nya. Biasalah manusia. Yan pun sama gak! Marah tak tentu pasal. Hehehe.
Tapi kawan, marah tu biarlah bertempat ye. Dan minta lah dijauhkan sebab sifat pemarah golongan syaitan. Korang nak jadi ke adik-beradik syaitan? Tak nak kan. Hehe..Istighfarlah berbanyak-banyak.
"(Termasuk kalangan orang yang bertaqwa ialah ) orang yang menafkahkan harta mereka semasa senang
dan susah, orang yang sabar menahan marah dan orang yang memaafkan kesalahan manusia. Dan Allah
menyukai orang yang berbuat baik. [ Ali Imran : 134 ]"
Jadi, hilangkanlah marah itu wahai sahabatku! ^_^ Antara caranya yang perlu kita hadapi:-
a) Mula-mula kita perlu malu dengan Allah s.w.t akan segala tindak-tanduk
kita. Allah memerhatikan segala perlakuan dan sikap biadab kita.
b) Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanyalah manusia yang
hina.
c) Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan
kita daripada sifat marah.
d) Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu mungkin akan membawa
kepada permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang anda marahi.
e) Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika kita sedang marah.
Ianya lebih buruk daripada perlakuan seekor binatang jikalau anda di dalam
keadaan yang marah.
f) Apabila datang marah, banyakkan baca Ta'awwuz ( A'uzubillahi minas
Syaitanirrajim ) kerana marah itu datangnya daripada syaitan.
g) Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhu kerana wudhu dapat
menenangkan api kemarahan yang sedang membara.
h) Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas, hendaklah
tidur. Kerana ianya akan meredakan perasaan marah apabila bangkit
daripada tidur
i) Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datangnya dari Allah dan
akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah
Orang yang marah2 kita ini sebenarnya nak membetulkan salah kita. Yelah, marah itu tandanya sayang. Tapi jangan nak memaki hamun, kesian orang yang kena marah itu. Kalau kita bersalah dalam satu hal, hendaklah kita membetulkan orang yang sedang marah itu agar dia menjauhkan sifat TERLALU marah itu sampai hantu pun takut nak dekat.
P/S Tegur dan bukannya marah. Tegurlah dengan lemah lembut dan kasih sayang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment