Islam tidak menyekat manusia untuk maju. Bermakna, islam juga tidak menyekat manusia bertindak atau melakukan perkara-perkara yang boleh menjadikan mereka maju. Antara cara manusia maju adalah dengan bekerja, terlibat dengan bisnes, mendekati masyarakat dan sebagainya.
Secara dasarnya, kedua-duanya lelaki dan wanita tidak disekat untuk memajukan diri mereka dalam apa-apa sahaja aspek yang mereka ceburi. Apabila manusia bergerak untuk maju, mereka akan bertemu di lapangan-lapangan tertentu. Seumpama di sekolah, kampus, kerja di pejabat mahupun turun memberi sumbangan kepada masyarakat.
Manusia yang bertemu ini, bukan hanya sesama jantina sebaliknya lelaki pasti akan bertemu wanita dan wanita pasti akan bertemu lelaki. Islam tidak menghalang perkara tersebut. Cuma, Islam menyalurkan manusia dengan etika yang betul.
Etika inilah yang akan menjadikan pergaulan serta perhubungan tadi selamat, bukan hanya di dunia bahkan hingga ke akhirat. Antara etika yang Islam tetapkan ialah menjaga pandangan. Apa yang penting, tersirat satu hikmah besar disebalik perintah Allah supaya lelaki jangan pandang wanita dan wanita jangan pandang lelaki.
Habis tu, lelaki kena jalan pandang bawah sajakah? Bukan. Menundukkan pandangan maksudnya jangan pandang tanpa ada keperluan untuk pandang. Jangan pandang dengan nafsu. Jangan pandang dengan keinginan tertentu. Jangan pandang tempat-tempat tertentu.
Apabila suka pandang, dari mata jatuhlah ke HATI. Salah. Dari mata jatuhlah ke NAFSU. Timbullah keinginan-keinginan tertentu. Akhirnya zina lah jawapannya. JANGAN!
Itu baru satu etika. Banyak lagi etika lain yang Islam wajibkan untuk dipatuhkan dalam pergaulan lelaki dan perempuan. Antaranya
- Jangan berdua-duaan
- Jangan bermain soal hati
- Jangan letakkan diri dalam keadaan yang mengundang fitnah
- Jangan terlalu rapat sehingga semua benda boleh open
- Jangan bersubahat dalam perkara maksiat
- Jangan bertepuk tampar, bersentuh-sentuhan, berpegangan tangan
- Jangan bergaul dengan lain jantina, seperti bergaul sesama jantina
- Dan banyak lagi 'jangan' yang lain
FAHAMI ISTILAH & BATAS
Fahamilah maksud 'kawan baik' dan 'kawan rapat'. Kawan baik sifatnya tidak terlalu rapat, hanya baik antara satu sama lain atau biasa saja. Namun, kawan rapat menampakkan keakraban dan mungkin juga kemesraan. Bak kata orang tua-tua, yang perempuan dengan lelaki susah untuk menjadi kawan rapat kerana pasti akan timbulnya sesuatu perasaan sama ada di sebelah pihak lelaki atau pihak perempuan.
Bersahabat mesti ada tujuan. Dan tujuan yang dibenarkan dalam Islam bukannya 'pasang niat lain'. Sebagaimana firman Allah : "Dan hendaklah kamu sekalian bertolong-tolong dalam perkara kebaikan dan ketakwaan, dan janganlah kamu sekalian bertolong-tolongan dalam perkara maksiat dan permusuhan." Atas nama sekalipun, jika bukan mahram, maka hukumnya tetap haram jika batasan pergaulan dilanggar. Justeru, selagi batas perhubungan sesama bukan mahram tidak dilanggar, maka persahabatan itu tidak salah.
p/s jdi, jgalah adab-adab pergaulan antara lelaki dan perempuan jangan sampai timbul pula perasaan lain.
No comments:
Post a Comment