Telemovie Bayangan Rindu 2013


Assalamualaikum and good afternoon!

Hohoho. Aku nak share tentang minat aku satu cerita ni. Actually cerita ni sudah lama maa! Baru aku mau tengok. Huhuhu baru je lepas  pagi tadi. Tapi weh, gua serius memang best cerita nya! hoho. Daripada adaptasi novel Anis Ayuni iaitu Bayangan Rindu.



Cerita yang telah diadaptasi oleh Eirma Fatima telah menarik minat aku. Tayangan daripada astro. Barisan pelakon yang manatp lagi menarik. Huhuhu feveret hero aku Beto Kyushairi (Kiew @ Umar Asy). hihi and pelakon wanita yang mula melonjak naik. Nad Zainal (Iddya)! 



Bukan itu je. Ada Zahiril Adzim, Zain, Jua Aziz, Dian P.Ramlee. And banyak lagi.

Ayat yang paling glamur yang Kiew (Beto) guna is:-

"One fine day, insyaallah.........."
" Salam kasih siapakah yang singgah mengusik ke sanubari ini? 

Sinopsis Bayangan Rindu 

Kisah cinta Iddya yang penuh pahit manis. Cinta pertamanya dengan Baein, teman sekelasnya tidak kesampaian apabila pemuda itu mengalih cinta kepada gadis lain. Benar andaian Iddya, cinta anak-anak sekolah tidak akan ke mana. Baein yang berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara, berkahwin dengan Ivy di sana. Biarpun kecewa, Iddya tabah menghadapi dugaan ini.

Cintanya berputik lagi bila bertemu Lutfi. Lutfi yang secara kebetulan menjadi penyelamatnya dari si bujang terlajak yang suka menggangunya di pejabat tempat dia praktikal, berjaya menambat hati Iddya walaupun Lutfi bergelar duda beranak satu.

Kali ini dirasakan perasaannya berlainan dari cintanya pada Baein. Bersama Lutfi dirinya menjadi matang. Lutfi pandai mengambil hatinya. Lutfi bisa menggegarkan naluri kewanitaannya. Baginya cinta Lutfi adalah sesuatu yang paling indah.

Dalam pada itu, perhubungan Iddya dengan teman-teman sepersekolahan terjalin kembali, terutama dengan Kiew yang selalu memujuk diri Iddya semasa dia merajuk dengan Baein (waktu persekolahan dulu). Mereka semakin akrab. Tidak terlintas di hati Iddya yang Kiew menaruh hati padanya dalam diam. Tetapi Kiew mengetahui hubungan Iddya dan Lutfi, jadi Kiew hanya cuma mendekati Iddya sebagai teman rapat sahaja.


Namun, takdir tak siapa menduga. Sewaktu Lutfi dibawa untuk diperkenalkan dengan keluarga Iddya, terbongkar rahsia bahawa Lutfi merupakan bayi yang disusui ibu Iddya sewaktu mereka sekeluarga menjaganya di Sarawak berpuluh tahun dahulu. Maka, hubungan antara mereka adalah adik beradik sesusuan.

Hati Iddya remuk mengenangkan kekasih hatinya adalah abang susuannya dan mereka terbatas dalam talian kekeluargaan. Iddya kecewa. Lutfi juga. Namun, hidup harus diteruskan. Yang menambah kekecewaannya Lutfi memilih teman sekerjanya sebagai penganti dirinya.

Sejak itu, dia mendendami Hilda yang dirasakan perampas haknya. Meskipun tahu antara dirinya dengan Lutfi tidak mungkin boleh bersatu.

Sekali lagi Iddya membawa hati yang lara, menuju ke Turki bagi memujuk hatinya. Saat itu Kiew datang dan menghiburkan dirinya. Perasaan kecewanya di curahkan pada Umar Aisy. Lelaki yang dikenali sejak zaman persekolahan dahulu. Lelaki yang setia menemaninya di saat suka dan duka. Yang selalu menitipkan kata-kata semangat apabila dia dilanda kekecewaan. Yang sedia menjadi pendengar setia dikala dia mencurahkan rasa hatinya.

Dalam diam, ada getar menyelinap di sanubari. Iddya tertanya-tanya adakah dirinya seorang yang merasakan begitu? Untuk bertanya, dia tidak ada kekuatan. Malu seandainya dirinya bertepuk sebelah tangan. Rupa-rupanya Kiew@Umar Aisy yang telah lama memeluk Islam. Barulah Iddya tahu yang selama ini Kiew menyimpan rasa terhadapnya demi kasihnya pada Baein mahupun Lutfi.

Sedang impian mulai dilakar, kehadiran Baein mengusutkan keadaan. Menagih cinta yang telah tiada. Mana mungkin Iddya menerima Baein kembali dalam hidupnya sedangkan lelaki itu sudah mempunyai anak dan isteri. Dirinya bukan perampas kebahagiaan rumah tangga orang lain. Tak cukup dengan itu, dirinya menjadi mangsa serangan isteri Baein, Ivy Syahirah. Di nyatakan pendiriannya.

Alangkah sukarnya mempertahankan diri di saat ketidakpercayaan masih kuat bersarang di hati. Pengakuan Umar Aisy amat di nanti Iddya. Sekian lama memendam rasa akhirnya terluah jua. Huluran kasih Umar Aisy disambut dengan rasa syukur. Sesungguhnya penantian itu suatu penyeksaan, tapi indahnya tetap ada. Kini, Iddya dan Umar Aisy bahagia menyulam cinta hingga ke akhirnya. Tamat


sorry. part 1 cari sendiri. hehehe
pakcik youtube ada !



Part 2





hehe orang lain dah tengok. Aku baru je nak tengok. Yang belum tengok. sila lah ye. best! sad! Aku gile tengok cerita ni sebab watak yang Beto Kyushairi sangat hebat! respect him. orang yang penyabar, baik, pendengar yang bagus, tak merungut, tak lupa agama. haih~ 


p/s Musim demam kini kembali. fufufu~










No comments:

Post a Comment