Ehem~ daripada tajuk entry kali ini, korang dah agak kan Yan nak cerita pasal result Spm yang diumumkan semalam! Ceh, asal excited sangat ni? Bukan aku yang ambik result spm. Hehe keputusan Spm telah diumumkan pada 21 haribulan Mac bersamaan hari Khamis.
Woahh... Yan jadi berdebar-debar.. hehe bila dengar macam-2 keputusan daripada kakak-kakak dan abang-abang. :) eeee...poyonya! haha mana taknya, kita lah yang akan ambil peperiksaan penting tahap power rootttt ni! haha :D
Tahniah kepada senior yang dapat result terbaik dari ladang!! huhuhu namun, disebalik kegembiraan itu ada pula yang bersedih... La Tahzan kakak dan abangku! Jangan bersedih lagi. Sesungguhnya setiap yang berlaku ada hikmahnya seperti hadis:
* Diriwayatkan daripada Kaab bin Iyadh r.a katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya setiap umat itu ada ujiannya dan ujian umatku adalah harta kekayaan. “ – Hadith riwayat Imam Tirmizi
Dan Allah Maha Adil dan Maha Penyayang, ujian2 yang diberiNya adalah mengikut kemampuan masing-masing insyaAllah.
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdo′a): “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma′aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.”
– Surah AlBaqarah : Ayat 286
Jadi, sabar lah wahai kamu semua. Sesungguhnya setiap ujian yang berlaku pasti ada hikmahnya. Boleh jadi, kamu membencinya dahulu namun suka padanya.....dan boleh jadi kamu menyukainya padahal nanti kamu membencinya.
Ehh?? betul tak ayat tu... hihihiho
wahh! Yan dah pandai bab-bab macam ni. hehehe takdelah. gurau-2! Okay, selamat bercuti semua! hihihi
p/s bulan depan, mungkin busy sikit. Sikit ke??? banyak!!!! hehe syukran :)
No comments:
Post a Comment