Siapakah gadis idaman lelaki soleh? wanita adalah sebahagian keindahan dunia yang diciptakan Allah s.w.t. Namun wanita juga boleh menjadi penyebab kepada kerosakan dan kemusnahan di dunia ini. Allah menjadikan wanita untuk menghiasi dunia dan menjadi pasangan hidup kepada Kaum Adam.
Terdapat ciri gadis solehah yang menjadi idaman lelaki soleh, antaranya:-
1. Berpegang teguh kepada agama.
~ gadis sebegini mempunyai peribadi yang unggul. Bukan cantik pada rupa paras malah pada akhlaknya. Sentiasa memelihara batas-batas syariat dalam pegangan agamanya. Kiranya ada pakej sungguhlah! Untung!
2. Tidak Pamerkan Keseksian
~ Sesetengah lelaki di luar sana, memang suka menjamu mata dengan melihat aurat wanita tetapi pada hakikatnya mereka tidak mahu menjadikannya isteri kerana melihat gadis seperti itu seolah-olah barang hiasan atau pameran untuk mata lelaki lain. Aurat wanita hanya boleh dipamerkan kepada suaminya sahaja.
3. Tidak Cerewet
~ PERHATIAN! Awas gadis, jauhkan sifat cerewet ini. Lelaki tidak suka kepada wanita yang cerewet. Terlalu mengkritik memang merimaskan. Jangan amalkan sikap ini kepada sesuatu yang anda tidak digemar tetapi berdiam adalah lebih baik.
4. Memahami lelaki
~ Lelaki mengimpikan seorang wanita yang dapat memahaminya tanpa perlu bersuara. Merasai suka dukanya. itulah yang mampu menghiburkan atau memberi kekuatan sebenar kepadanya.
5. Pandai Menjaga Kecantikan.
~ Wanita dengan kecantikan memang tidak dapat dipisahkan. Oleh itu, gadis diluar sana hendaklah bijak menjaga imej dan menjaga kecantikan malah kebersihan diri. Penampilan yang cantik dan bersih menunjukkan keperibadian diri.
6. Kecantikan Dalaman
~ Fitrah wanita djadikan lemah lembut, namun gadis ini mempunyai prinsipnya tersendiri. Dilihat lemah lembuy namun seorang yang tegas juga. Inilah kecantikan dalaman sebenar yang dicari oleh lelaki soleh.
7. Berakhlak Mulia
Seindah hiasan dunia adalah wanita solehah. Oleh itu, si gadis perlu mengamalkan sifat mulia sejak awal lagi agar sifat itu terbiasa di dalam diri. Gadis yang berakhlak mulia dilihat daripada baik tutur kata dan perlakuannya serta pandai membawa diri.
8. Manja
Lelaki menggemari wanita yang manja atau bersifat sedikit kebudak-budakan. Ini kerana, lelaki suka untuk melindungi. Tetapi jangan sampai terlebih-lebih pula. Takut pula lelaki akan lihat anda seperti kurang matang.
9. Sejuk Mata Memandang
Gadis yang manis dan sejuk mata memandang akan mendamaikan perasaan dan hati seorang lelaki. Tidak perlulah sehingga menghias diri tetapi cukup bersifat sopan.
sekian~
p/s sumber dari majalah DARA dan ditokok tambah sikit ye. hehe
p/s sumber dari majalah DARA dan ditokok tambah sikit ye. hehe
No comments:
Post a Comment