Nangislah Sepuasnya

Assalamualaikum,
dan salam satu blogger

Kehidupan kita sentiasa diberi ujian oleh Allah untuk menguji keimanan hamba-hambaNya dari pelbagai cara seperti percintaan mahupun persahabatan dan sebagainya yang kita tidak nampak. Semuanya pasti ditemani dengan air mata sama ada di dalam hati, di raut wajah malah diperbuatan kita. Hanya Tuhan yang tahu betapa sedih dan gembiranya kita yang dimana manusia hanya mampu mengungkap sahaja.

Apa yang Yan cuba sampaikan ini memang datangnya dari hati seorang kaum hawa. Kaum hawa yang perlu disayangi, yang perlu dilindungi, perlu dibimbingi dan bukan untuk disakiti, dilukai dan dihancuri. Tapi topik Yan pilih ialah tentang 'Persahabatan'.

Sahabat 'menangis' susah nak cari tapi sahabat 'suka-suka' memang senang nak cari. Itulah kata-kata yang dipetik dalam cerita 'Hantu Bonceng' dan diubah sedikit. Macam mana post ini boleh muncul 'like this'. Sebenarnya ada kes:-

Yan sebenarnya kecil hati lah dengan kawan-kawan Yan. Tahu lah semua yang mereka lakukan hanya gurauan semata-mata. Tapi kaum hawa ini jenis yang hatinya sensitif mudah terasa. Kecewa yang amat! Kawan yang sememang kita menganggap seperti keluarga sendiri! Ya Allah, hati ini begitu sakit bila mengenang kisah lama sehingga sekarang tentang mereka.

Orang yang kita percayai mengaibkan kita dengan senda guraunya. Melukai hati kita dengan kata-kata tajam mereka. Yan mula-mula tak berapa kisahlah tetapi sehingga teman rapat yang sememangnya penyabar dan manja-manja menangis kerana sikap-sikap mereka.

Perlukah Yan berdiam diri?

Oleh sebab nak jaga perasaan masing-masing dan tak mahu kes remeh-temeh macam ini diperbesarkan Yan hanya berdiam diri diiringi dengan senyuman. Namun, "kalau senyum belum tentu gembira tetapi kalau gembira pasti akan tersenyum" itulah kata-kata yang pernah disampaikan oleh seorang DJ radio.

Yan memang sedih sangat tapi kenapa kesedihan ini hanya terbuku dihati? Terlalu pendam sangat perasaan boleh jadi macam ini ke? Sehingga susah untuk menitiskan setitik air mata?

Ada seorang kaum adam ini, dia berkata kepada Yan supaya menangislah sepuas-puasnya agar diri sentiasa OK dan bersabarlah. Kaum Adam tersebut memberi sepotong ayat kepada Yan:-

Diriwayatkan daripada Kaab bin Iyadh r.a katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:
"Sesungguhnya setiap umat itu ada ujiannya dan ujian umatku adalah harta kekayaan. " (Hadis riwayat Imam Tirmizi).
- Ya Allah ujian Mu aku terima kerna ini peluang aku mendekatiMU YaAllah....
tabahkan hati hambamu dengan ujian mu berlindung hambamu dari segala musibah...amin...
amalkan lepas solat.

Pendapatnya disokong oleh seorang hamba Allah ini. Hamba Allah itu memulakan bicaranya dengan "menangislah sepuas hati. Its gonna be ok soon. Trust me. Ada kelebihan untuk menangis ini daripada tidak pernah menangis".

Bila imbas kembali kata-kata mereka, sesungguhnya gugurlah air mataku hingga ke pipi. Ya Allah Tuhanku, kerana inikah engkau mencipta air mata? Supaya kami menangisi saat kami berduka dan bergembira kerana Engkau, Ya Allah. Agar kami memilih jalan yang benar dan bersyukur dengan nikmatMu?

Nangislah sahabatku. Menangislah sepuas-puasnya. Jikalau engkau rasa tidak lega dihati. Kerana setiap tangisan yang engkau limpahkan pasti akan melegakan hatimu buat sementara.

Sesunguhnya kita sepatutnya bersyukur dengan apa yang kita ada. Anggap lah yang berlaku sekarang ini hanya permainan duniawi ini. Jangan sesekali mengungkit kisah lama kerana akan meracun hati. Fikirlah secara positif dan bukannya negatif.




P/S Sye syg kwn sye!


No comments:

Post a Comment