STK : ape prasaan korg klu kuar je brite nih....
ESOK PUASA
STK: mungkin sesetengah orang akan makan sepuas-puasnya..takut nanti lapar pula...namun bagi sesetengah yang lain pula gembira dan menyambut ramadan al-mubarak tersebut dengan baik sekali.
SELAMAT DATANG BULAN PERJUANGAN
STK: Sambutlah ramadhan tersebut dengan sebaik yang mungkin...dan sempurna sekali. Sesungguhya bulan Ramadhan disebut juga sebagai bulan beribadat bagi umat Islam.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a, bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda: "Ketika datang bulan Ramadhan; sesungguhnya telah datang kepadamu bulan yang penuh berkat, diwajibkan ke atas kamu untuk berpuasa, dalam bulan ini pintu jannah dibuka, pintu neraka ditutup, syaitan-syaitan dibelenggu. Dalam bulan ini ada suatu malam yang nilainya sama dengan seribu malam, maka diharamkan kebaikannya bagi siapa yang tidak beramal baik di dalamnya, sesungguhnya tidak mendapat kebaikan di bulan lain seperti di bulan ini.
(Hadis riwayat Ahmad, Nasai dan Baihaqi)
STK: wahai my frenz...apa yang STK cuba sampaikan jangan lah frenz semua pergi ke dapur semata-mata nak mencari makanan di siang hari....puasa la wahai my frenz kerana puasa adalah sangat dituntut dan merupakan rukun ke-3 di dalam rukun islam.
"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan bagi orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa" [ Al-Baqarah:183].
STK: Perlu kita semua niat dahulu sebelum melakukan sesuatu perkara. STK nak tanya ini, my frenz semua pandai tak niat...HAH!! Kalau yang tahu tak apa..yang tak tahu ini..perlulah kita belajar..
NIAT PUASA HARI
STK: niat puasa penuh ini baca sekali...baca ini sebab takut2 nanti kita lupa baca niat puasa hari
NIAT PUASA PENUH
Bersahur (makan sebelum Subuh) itu sunnah Nabi:
"Diriwayatkan daripada Anas r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Hendaklah kamu bersahur karena dalam bersahur itu ada keberkatannya" [Bukhari-Muslim]
Berbuka di waktu maghrib:
"Diriwayatkan daripada Umar r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Apabila datang malam, berlalulah siang dan tenggelamlah matahari. Orang yang berpuasa pun bolehlah berbuka" [Bukhari-Muslim]
Ketika kita berpuasa, kita dilarang berkata kotor, mencaci, atau berkelahi. Hal ini untuk menempa diri kita agar memiliki akhlak yang terpuji:
"Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila seseorang daripada kamu sedang berpuasa pada suatu hari, janganlah berbicara tentang perkara yang keji dan kotor. Apabila dia dicaci maki atau diajak berkelahi oleh seseorang, hendaklah dia berkata: Sesungguhnya hari ini aku berpuasa, sesungguhnya hari ini aku berpuasa" [Bukhari-Muslim]
STK: huhuhuhu, selamat berpuasa semua...tolonglah tinggalkan perkara yang tidak baik di bulan yang mulia ini...hah!!! lepas tu STK harap lepas je habis bulan puasa jangan lah my frenz semua buat perangai yang tinggalkan sebelum ini. Kaum Adam, janganlah ponteng puasa pula....bagi kaum Hawa pula, berbanyak lah berdoa..sesungguhnya, di bulan yang biasa pun doa kaum wanita lebih termakbul apatah lagi di bulan puasa yang mulia ini.
P/S: Solat pun penting juga wahai frenz...jika tidak solat sia-sia sahaja lah puasa kita itu
No comments:
Post a Comment