Okay. Kali ni entry Yan pasal makanan korea macam jjajangmyun! Yelah baru je makan hari tu hehehe mungkin sesetengah daripada korang dah makan. Yang belum tu, Tahu tak apa 'jjajangmyun'? Korean Black Paste Noodles. Bagi Yan, rasanya macam mee yang di campur dengan kuah rojak masam! Hahaha :D
First time makan, memang rasa pelik! Yelah, mungkin sebab bukan selera kita atau dengan kata lain tak match dengan lidah kita. hehe. Tapi kalau dah 4-5 suap, gerenti korang boleh habiskan dish tu. Dah sesuai dengan citarasa korang la tu. hahaha ^^
gambar hiasan - jjajangmyun
Lazat! hehe biasalah, Yan ni kuat makan! :D kalau korang nak beli barang atau makanan atau mahu ke restoran jenis korea boleh lah datang ke Ampang. Yang dekat-2 dengan Taman Dagang tu hehe suggest je. ^^
p/s hari tu try makan tiramisu. Guess what? baru 2 suap sudu sudah mau berhenti makan. hehe muak dengan cheese nya. Apa-apa pun tetap sedap!