tahu tak perasaan berbelah bahagi macam mane? Perasaan yang tidak sepatut ada dalam diri kita. Kita tak mampu memilih yang mana terbaik dalam hidup kita. Jika kita memilih kedua-duanya maknanya tamak lah tu! Orang tamak selalu rugi. Tapi bila bab nak memilih tu yang susah.
Yang di sana menunggu kasih berbalas, yang di sini bertatah dihati. Hidup ini kena adil tapi nak adil macam mana tu. Perasaan kesian dan bersalah itu sentiasa wujud dalam diriku. Kenapa?
Bak kata orang, belajar dulu, biar capai kejayaan dalam hidup lepas itu nak wat apa suka hatilah.
Hati suruh menurut tapi jiwa ini suruh menunggu. Yang itu payah buat aku. Tak boleh juga nak ikut kata orang lain, kalau diri ini sahaja yang mampu ikut tapi hati kata lain. Tak guna juga!
haiii...kita sebagai manusia yang mampu bertawakal saja, berserah lah kepada Allah.
Semoga segala urusan kita dipermudahkan Tuhan yang esa.
~Amin~
p/s agak2 korang ada tak perasaan berbelah bahagi macam Yan ni.